HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Julai 2010

SHAFIE TERUS JANJI BULAN BINTANG

Oleh: SAMAD SADIKUL


KETIKA mesyuarat kali ke 18 Persidangan UMNO Parlimen Semporna, saya menerima panggilan telefon daripada seorang mantan Pemimpin UMNO Semporna yang bergelar Datuk, memaklumkan bahawa dalam Ucapan Pembukaannya, Ketua UMNO Semporna, Datuk Shafie Afdal menjanjikan kepada Ahli-Ahli UMNO di Parlimen itu bahawa Jambatan Pulau Bum Bum akan dibina pada tahun ini juga dengan SERTA MERTA.

Alhamdulillah, jambatan yang ditunggu-tunggu itu akan menjadi kenyataan dengan janji seorang Ahli Parlimen yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Masyarakat Semporna.

Sebelum ini bernama Dewan Datuk Haris Salleh tetapi Datuk Ainal Abdul Fattah yang mencadang supaya nama Dewan ini diganti dengan nama Dewan Masyarakat Semporna telah diluluskan oleh UMNO Bahagian Semporna dalam Mesyuarat yang diketuai oleh Tun Sakaran Dandai pada masa itu.

Jambatan Pulau Bum Bum yang menjadi isu hangat sebelum ini yang ditulis oleh Abbas Ahmad (Ahli Persatuan Bloggers Sabah) dalam ruangan Sabahkini.net yang bertajuk Pulau Bum Bum Jadi Bom Jangka PRU Ke 13

Nampaknya, tulisan tersebut mendapat perhatian dari menteri berkenaan kerana antara lain memaklumkan kepada Ahli UMNO Bahagian Semporna supaya jangan khuathir kerana kepimpinan Datuk Najib sebagai Perdana Menteri adalah kukuh dan stabil, sambil memaklumkan bahawa kerajaan banyak wang yang tersedia dan mampu membina jambatan ini pada tahun ini juga.

Adalah menjadi harapan masyarakat Semporna supaya jambatan berkenaan menjadi kenyataan akhirnya dan tidak menjadi janji ‘bulan bintang’ atau ‘terang bulan’ sajian kepada ahli-ahli UMNO di kawasan berkenaan dari semasa ke semasa; setelah Ketua Ketua cawangan UMNO di bahagian berkenaan nampak muak dengan tingkah laku MP ini yang dilihat hanya melayan orang Pala’u dari Bangau-Bangau dan PATI jika datang ke Semporna.

Laporan blog dan laman sosial mengenai perkara ini sangat panas sehingga perhimpunan agung UMNO yang dijadualkan hari ini di Parlimen ini mendapat liputan laman sosial Facebook dari beberapa anak Semporna yang celik IT dalam masa dua atau tiga hari yang lalu.

Ada di antara anak Semporna yang melaporkan dalam blog-blog sosial ini sudah tidak yakin lagi dengan kepimpinan Ahli Parlimen berkenaan yang dijadikan Dewan Perhimpunan Janji Terang Bulan dan sekadar ‘Melepas Batuk Di Tangga’ dari Dulu, Kini Dan Selamanya; selaras dengan Cogan kata UMNO di bahagian berkenaan.

Ahli Ahli UMNO dan anak semporna sudah muak dengan kepimpinan yang hanya pandai bercogan kata dan berbaju putih seluar hitam yang macam ‘Tahi Lalat’ itu.


Tiada ulasan: