HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Julai 2010

Wahai YB Zul, Jika DAP Mahu Diharamkan, Haramkan UMNO Dahulu

Oleh WFAUZDIN NS

TERNYATA YB Zul Kulim yang dikenali sebagai `firaun besar' telah kehabisan modal untuk berdepan dengan PR. Segala hujahnya selama ini sejurus dipecat dari PKR gagal menarik sesiapa pun untuk menjauhi PR khususnya PKR. Apatah lagi YB Zul pernah mengaku beliau ini `kaki kelentong' sudah lama, cuma beliau menjadi `jujur dan baik' sebaik sahaja intim dengan Najib.

Setelah kehabisan modal, pengakhirnya `firaun besar' ini mahu kerajaan mengharamkan DAP, sekutu PKR dan PAS. Apa hujah bangang loyar buruk ini? Anda boleh baca di sini. Adakah kerana seorang pemimpin DAP yang mengeluarkan pandangannya, maka DAP itu wajib diharamkan? Ke mana otak YB Zul ini diletakkan sehingga sebodoh ini pandangannya? Beliau yang sepatutnya digelar YB `haram' kerana menjadi Wakil Rakyat yang dipilih oleh penyokong parti yang telah memecatnya. Tidak sedar diri kah YB Zul ini?

Di mana maruah beliau yang menjadi MP yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi-pengundi di kawasannya boleh mengeluarkan pendapat untuk mengharamkan parti yang sah, sedangkan `firaun besar' ini langsung tidak berparti? Apa masalah dengan pandangan dari pemimpin DAP itu berkaitan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah di Selangor? Sudah ada keputusankah dari Kerajaan Selangor? Dan, jika cadangan itu diterima, apa masalahnya kepada Bumiputera? Tidak dapat diskaun itu dianggap melanggar Perlembagaan? Kenapa tidak bising bila Kerajaan kurangkan Subsidi kepada rakyat dengan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas? Di mana hak Bumiputera dan rakyat di dalam hal ini? YB Zul tidak mampu ulas kah?

Kita bukan menyokong sepenuhnya pandangan pemimpin DAP itu, tetapi kita juga tidak boleh menutup mulut sesiapa jua untuk memberikan pendapat. Akhirnya, serahkan kepada pimpinan Kerajaan Selangor untuk buat keputusan. Tentunya PAS dan PKR akan meneliti cadangan tersebut sebaik mungkin. Apa perlunya DAP mahu diharamkan? Jika itu dibenarkan, Umno lebih layak diharamkan untuk kali kedua kerana Umno pernah menghina Institusi Raja-Raja, menghina agama dan banyak lagi. Mengapa YB Zul takut untuk menyebut haramkan Umno? Bukan YB Zul tidak tahu semua yang telah Umno lakukan. Mulut YB Zul terkunci sudah.

YB Zul jelas kehabisan idea. Beliau seorang MP yang semakin celaru di dalam setiap pandangannya. Beliau semakin syok sendiri dan terlupa betapa pengundi-pengundi di kawasannya tidak sabar untuk menurunkannya dari kerusi warisan PKR di situ.

1 ulasan:

joecharlie berkata...

Ini lagi UNIK KEPUPUSAN POKOK YANG AKAN MELAYU SELAMALAMANYA.....Tambah pulak ada Melayu yang tergamak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada puak-puak cauvinis ini. Hanya kerana nafsu serakah mahu menduduki Putrajaya!! Dan yang lebih teruk, Melayu haprak dan pak janggoat-pak janggoat inoi disamatarafkan dengan sahabat Nabi saw!!

Cuba bayangkan kalau tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan mereka lakukan kalau mereka menguasai kerajaan persekutuan, apatah lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri!!


Tengok sendiri apa yang mereka buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak. Dan yang paling malang, ada orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pelampau-pelampau cauvinis dan rasis ini.

Dan ada antara Melayu haprak ini yang sanggup menipu diri sendiri dengan mendakwa persekongkolan ini adalah demi dakwah dan mendekatkan DAP kepada Islam. Apa yang saya nampak, mereka yang makin lama makin terikut-ikut rentak DAP.


DAP semakin tegar dengan semangat anti Islam dan anti Melayunya. Kenyataan terbaru “mursyidul am” DAP Karpal Singh menolak sama sekali gagasan penubuhan negara Islam jelas membuktikan DAP masih dengan sikapnya.


Dan ini sepatutnya sudah cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila rela diperkudakan oleh kafir harbi ini. Tetapi tidakn segelintir bangsa Melayu ini sanggup sekali lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian DAP.


Betapalah bangsa yang punya Al Quran ditangannya boleh menjadi begitu bodoh! Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanahair sendiri!!

Pada saya sikap cauvinis, rasis, ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan kepimpinan DAP ini semakin melampau. Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu.


Daripada isu tanah, isu biasiswa, isu hak istimewa, kini menular kepada mempertikaikan institusi Islam, Raja-Raja Melayu, badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR, Mahkamah Syariah membawa kepada isu-isu negara Islam, kalimah ALLAH dan lain-lain.

Sekiranya tidak dibendung segera, saya yakin sikap melampau kepimpinan DAP ini akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum yang telah lama kita nikmati selama ini.

Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DsAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini.