HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Julai 2010

Wanita warga Indonesia mengaku salah buang bayi



Rusmiyah dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membuang bayinya yang baru dilahirkan di atas tong sampah di sebuah rumah teres di Seremban. – Gambar Bernama

BERNAMA


SEREMBAN – Seorang wanita warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana tuduhan membuang bayinya yang baru dilahirkan di atas tong sampah di sebuah rumah teres di No.705, Jalan Sri Pulai 46/3, Taman Sri Pulai 3, di sini Selasa lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Cif Insp Idora Omar, sementara wanita itu tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan Mizan Maulud berkata bayi lelaki itu masih berada di Hospital Tuanku Jaafar di sini dan akan ditempatkan sementara di rumah kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur selama sebulan sementara mengesan keluarga dan tindakan selanjutnya.

Tiada ulasan: