Ketika ini, kebanyakan wakil-wakil syarikat sistem pertahanan senjata di negara melihatkan proses pembelian sistem pertahanan negara tidak dibuat secara telus. Ya…begitulah senario yang berlaku sekarang. Mereka-mereka ini mahu kalau bolehlah Kementerian Pertahanan supaya lebih berhati-hati dalam urusan pemberian tender memandangkan ada syarikat yang menawarkan peralatan yang sudah ketinggalan zaman dan bakal menyebabkan kerajaan Malaysia kerugian jutaan ringgit. Yang ini memang hakikat yang berlaku sekarang ………Contohnya??
Isu penawaran sistem latihan Air Combat Manoeuvering Instrumentation (ACMI) untuk melatih juruterbang jet pejuang menjadi “Top Gun” secara sewaan sebanyak RM20 juta selama setahun untuk jangkamasa 10 tahun telah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil-wakil syarikat sistem pertahanan di negara ini. ACMI yang ditawarkan untuk Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan dipasang di pengkalan udara Kuantan dan Butterworth. Sebelum ini, kita terpaksa menghantar juruterbang jet pejuang TUDM, pesawat serta kakitangan terlibat untuk berlatih di pengkalan udara Korat di Thailand pada setiap tahun. Masalahnya di sini, tidak diketahui jumlah penghantaran pesawat sekaligus menimbulkan isu keselamatan apabila jumlah pesawat TUDM yang tinggal di dalam negara menjadi kurang bilangannya. Nampak bukan?
Percaya atau tidak, Malaysia tidak pernah mempunyai sistem ACMI sedangkan negara-negara jiran kita yang lain seperti Thailand, Singapura dan Indonesia sudah mendahului TUDM, yang mana sistem itu akan melatih juruterbang TUDM dalam pertempuran olok-olok tetapi menyerupai peperangan sebenar termasuk gangguan dari sistem pertahanan elektronik.
Asalnya sistem latihan ACMI dibangunkan oleh Israel yang amat bergantung kepada kecekapan juruterbangnya untuk menghadapi ancaman dari negara-negara Arab. Kecekapan juruterbang Israel dalam menembak jatuh lebih kurang 80 pesawat Syria dengan kehilangan hanya tiga pesawat negara Yahudi itu dalam pertempuran udara di Beeka Valley, Lebanon pada tahun 1982 benar-benar membuka banyak negara sehinggakan Amerika Syarikat membangunkan sistem ACMInya sendiri. (Hai, bab-bab nak bikin huru-hara, Israel laknatullah juga yang rebut peluang)
Sistem ACMI terkini berdasarkan pada teknologi yang dikategorikan sebagai generasi P5, Singapura, Thailand dan kebanyakkan negara sekutu Amerika Syarikat (kecuali AS) masih menggunakan sistem ACMI yang berada dalam generasi P4. Penggunakan sistem ACMI walaupun kelihatan mudah dan tidak “glamour” seperti pembelian pesawat Su-30MKM tetapi impak pada keselamatannya amat besar kerana ia membabitkan data pesawat, elektronik, taktik dan strategi TUDM serta frekuensi komunikasi sulit di antara pesawat dan bilik kawalan. Anda dah nampak keberkesanan sedkit sebanyak sistem latihan yang dipanggil ACMI ini bukan?
Jadi apa isunya?
Isu mula timbul apabila pada pertengahan tahun 2002, Kementerian Pertahanan menawarkan tender ACMI secara terbuka melalui akhbar tempatan dan tiga buah firma antarabangsa dengan diwakili oleh broker masing-masing yang berpengkalan di Kuala Lumpur membida tender itu. Tender terbuka itu kemudian ditutup tanpa sebarang alasan dan ditukar menjadi rundingan terus kepada sebuah syarikat tempatan yang menawarkan sistem ACMI pada kategori teknologi generasi P4 (ketinggalan zaman dalam jarak 20 tahun dengan generasi P5) milik AS yang jelas bertentangan dengan dasar kerajaan Malaysia dan prinsip yang diamalkan oleh Kementerian Kewangan serta pemimpin tertinggi negara ini.
Pengerusi Kira-kira Wang Awam Datuk Shahrir Samad pun dalam kenyataannya pada sebuah akhbar tempatan pada Okt 2007 dahulu mengakui bahawa pemberian tender secara rundingan terus adalah amat membahayakan dan pilihan itu hanya patut dibuat jika tidak ada sebarang pilihan lain yang lebih baik. Seorang wakil sistem pertahanan dari Jerman yang enggan dikenali memberitahu, tawaran itu tiba-tiba ditutup dan diberikan kepada sebuah syarikat lain tanpa sebarang alasan yang kukuh, syarikat terbabit menawarkan sistem ACMI generasi lama buatan AS iaitu P4.
ACMI P4 milik AS tidak serasi dengan pesawat TUDM yang kebanyakkannya dari buatan Russia. Tidak mungkin orang Russia mahu bekerjasama dengan jurutera AS untuk mengintegrasikan sistem pesawat MIG dan Sukhoi dengan perisian AS kerana ini secara tidak langsung akan mendedahkan Source Code pesawat mereka kepada AS. Rusia dengan US? Mana mungkin. Mustahil sama sekali. Hakikatnya pihak TUDM memilih sistem ACMI milik AS sedangkan sistem ACMI buatan Jerman yang ditawarkan merupakan dari kategori P5 dan tentera udara Jerman yang turut menggunakan pesawat MIG-29 . Mereka pun sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa sistem ACMI buatan mereka boleh dipasang pada pesawat buatan Russia, AS dan British yang TUDM pakai.
Mengapa TUDM sengaja memilih sistem pertahanan yang ketinggalan zaman?
Ia juga lebih mahal berbanding dengan sistem terkini yang ditawarkan oleh Jerman. Perlu diingatkan pembelian ini tidak melibatkan tawaran timbal balas seperti perpindahan teknologi dari negara pembuat…jadi tidak ada alasan untuk menjadi maha. Sejarah sudah membuktikan, yang mana negara seperti seperti AS tidak akan bermurah hati untuk memberikan Malaysia teknologi terkini berbanding dengan negara sekutunya dan ini sudah terbukti dalam pembelian pesawat F/A 18-Hornet buatan Boeing, di mana AS tidak mahu memberikan “Source Code” pesawat itu kepada TUDM. Apabila kita iaitu TUDM tak dapat source code tersebut, ia menyebabkan TUDM tidak dapat mengoptimumkan kuasa tempur pesawat Hornet kepada tahap 100 peratus.
Tambah buruk lagi pemakaian ACMI pada pesawat AS dan steyen kawalan darat membabitkan keselamatan negara kerana ia akan merekodkan komunikasi sulit, taktik dan strategi TUDM, ada baiknya jika TUDM mendapatkan sistem ACMI yang turut menawarkan “Source Code”nya sekali. Sebab apa? Sekurang-kurangnya ia mampu dikendalikan oleh anak tempatan. Satu lagi, kalau dibandingkan dengan negara lain contohnya Korea Selatan, mereka pun sebenarnya kesal dengan sesetengah pegawai TUDM dan Kementerian Pertahanan yang terlibat dalam penawaran tender tersebut seolah-olah mengenepikan aspek keselamatan dan kepentingan negara dalam hal ini.
- Teknologi ACMI pada kategori P5 buatan Korea Selatan itu adalah yang paling murah berbanding dengan dua pesaingnya iaitu sistem ACMI dari Jerman dan AS
- Teknologi yang dibangunkan secara “Reverse Engineering” dari sistem milik Israel yang pernah dipakai oleh tentera udara republik itu.
Bayangkan jika TUDM menggunakan teknologi P4, sampai masa nanti kita kena upgrade juga kepada P5. Takkan nak selesa dengan p4 sahaja bukan? Akhirnya, syarikat terbabit mendapat dua kali untung. Rakyat ngaga…….sekali duit rakyat terpaksa digunakan disebabkan pengurusan yang nampak “tempang”. Ini hanya sekelumit pendedahan sahaja. Contoh-contoh beginilah yang bukan sahaja sistem pertahanan Malaysia terkesan, malah rakyat juga akan merasai tempiasnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan