HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Disember 2010

JAIS: Tak sangka begitu banyak Syiah

Fadzly Esa

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempertahankan serbuan dan tangkapan besar-besaran baru-baru ini terhadap pengikut Syiah dibuat berdasarkan aduan diterima daripada masyarakat awam. NONE

"Sehubungan itu, kita membuat pemantauan siasatan dan juga risikan berhubung kegiatan dijalankan di kawasan tersebut," kata ketua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohamad Rais Rasid (kanan).

Malah, katanya, serbuan mereka juga dilakukan hasil pemantauan bahagian bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) jabatan itu. Pada 15 Disember lalu, seramai 128 orang, dipercayai pengikut Syiah ditahan JAIS ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves.

Daripada jumlah itu, dua telah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kuang bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti.

NONEKetika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Mohamad Rais menjelaskan, serbuan pada malam 10 Muharam yang dibuat bersesuaian dengan upacara keraian bagi memperingati Saidina Ali pada malam tersebut.

Pada malam itu, tambahnya, memang wujud perkumpulan beramai-ramai yang tidak dijangkakan "begitu banyaknya". Beliau juga mendedahkan, pada malam tangkapan itu terdapat pertelingkahan lidah antara penguatkuasa JAIS dan pengikut ajaran itu.

"Secara berkrompomi kita bertolak ansur dan cara kita untuk bekerjasama itu dengan menahan dua orang pemimpin utamanya dengan jaminan polis untuk hadir ke mahkamah manakala selebihnya di minta hadir pada 16 Disember hingga 23 Disember lalu," katanya.

Kebanyakan mereka mengaku mempunyai pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja, kata Mohamad Rais yang juga seorang ustaz. "(Mereka) pelajar sekolah menengah (dua orang), penuntut institut pengajian tinggi (seorang), kakitangan kerajaan (seorangan) dan pegawai bank (seorang) manakala selebihnya bekerja sendiri dan suri rumah tangga," katanya.

Tiada ulasan: