HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Disember 2010

PTPTN beri pinjaman cecah RM37 bilion sehingga November

BERNAMA

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberikan pinjaman berjumlah RM37 bilion kepada pelajar sejak ia ditubuhkan pada 1997 sehingga bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata seramai 1.7 juta pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke intitusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta telah menerima manfaat daripada pinjaman berkenaan.

"Bagaimanapun, daripada keseluruhan pelajar yang mendapat pinjaman itu hanya 77 peratus pelajar yang membayar balik pinjaman selepas mereka menghabiskan pengajian di IPT," katanya kepada pemberita selepas majlis Penganugerahan Pakaian dan Beg Sekolah, Meraikan Pelajar Cemerlang dan Miskin Peringkat Parlimen Kuala Krau di sini.

Beliau berkata, seramai 191,262 peminjam pula tidak pernah membayar balik pinjaman walaupun telah diberikan beberapa kali peringatan termasuk notis saman.

"Pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, bank dan secara atas talian dilihat tidak berkesan dalam mengutip kembali pinjaman dan kita harap cadangan pindaan Akta PTPTN 1997 untuk mewajibkan bayaran balik pinjaman secara potongan gaji dapat dilaksanakan pada tahun depan," katanya.

Katanya, bagi tahun ini, PTPTN mensasarkan menerima bayaran balik berjumlah RM5 bilion, namun setakat bulan lepas, pihaknya hanya menerima RM4.8 bilion.c-

Tiada ulasan: