HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Disember 2010

Fama: Perkenal e-leaning sebagai makanan minda kanak-kanak

SELANGOR KINI

SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor bakal menjadikan e-leaning sebagai makanan minda kepada anak-anak usahawan pasar tani sebagai usaha membantu anak-anak mereka cemerlang dalam pendidikan.

Pengarah Fama Selangor, Rihizat Ridzwan berkata, selain mewujudkan bisness matching divantara usahawan dan pengguna, Fama menyediakan platfom untuk anak-anak petani supaya mendapat fedah pendidikan.

Kaedah e-learning, iaitu sebuah portal yang menyediakan soalan-soalan peperksaan untuk anak-anak mencuba tidak kira waktu terutama ketika mengikuti ibu bapa berniaga.

“Dengan cara ini ia dapat didik anak-anak belajar walaupun terpaksa ikut ibu bapa mencari rezeki dan dengan cara ini, Fama dapat mendidik anak- anak usahawan tani untuk menjadikan pasar tani itu sendiri sebagai pusat komuniti yang membntuk persekitaran pembelajaran yang baik,” katanya.

Fama bukan sahaja mahu menyediakan tapak kepada peniaga, malah akan terus memberi informasi mengenai pendidikan selain mengenai produk- produk keluaran usahawan kepada pengguna.

Setiap program FAMA di Selangor akan menerapkan pelbagai elemen termasuk pendidikan.

Tiada ulasan: