MESYUARAT Jawatankuasa Cabang PKR Tenom yang bersidang pada hari ini telah mengambil ketetapan mengutuk sekeras-kerasnya para pemimpin UMNO/BN Tenom kerana sikap tidak peduli mereka semasa bencana banjir baru-baru ini di Kg Saga, Masanoi dan Kemabong sehingga mendatangkan kemarahan rakyat setempat.
Memang benar wakil-wakil rakyat ini mungkin ada turun melihat kawasan bencana banjir berkenaan, akan tetapi sekadar datang untuk ‘melihat’ sahaja tanpa ada inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.
Jika adapun bantuan, hanya disalurkan kepada kroni-kroni belaan wakil-wakil rakyat BN sahaja sedangkan banyak lagi penduduk kampung yang lebih memerlukan bantuan tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman mendakwa sebilangan besar kakitangan Kerajaan terutama Jabatan Tanah dan Ukur yang bekerja di pejabat semata-mata untuk ‘mencukupkan’ masa sebelum pulang tepat jam 5 petang.
Mereka ini telah khianat kepada rakyat Sabah kerana memeram bertahun-tahun geran tanah milik rakyat setempat kerana setiap kali dirujuk, jawapannya seperti burung kakak tua yang sudah diajar beberapa patah perkataan seperti, “sedang diproses”.
Apakah nasib penduduk kampung seandainya masalah ini berlarutan selama berpuluh tahun sedangkan pada hakikatnya geran tanah dapat dikeluarkan dalam masa SATU MINGGU sahaja. Oleh itu tidak hairan jika kes pencerobohan tanah oleh syarikat asing terus berlaku kerana mereka mampu memberi rasuah dan memelihara Pegawai Jabatan Tanah dan Ukur.
"Begitu juga dengan masalah jalanraya yang terpaksa dihadapi oleh penduduk kampung Kelanyaan di Lagud Seberang sehingga ke hari ini kerana mereka masih menggunakan jalan tanah mereka yang dibina di zaman kerajaan British,” ujar Halik dengan nada kesal kerana Wakil Rakyat BN/UMNO seolah-olah terbang dengan kapal angkasa kerana tidak menyedari jalan yang dilalui penduduk begitu teruk.
Sehubungan itu, Halik ingin bertanya, ke manakah peruntukan pembinaan jalanraya dan peruntukan bencana banjir yang sepatutnya dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Tenom?
“Kita bimbang peruntukan-peruntukan ini telah di salah-gunakan oleh wakil-wakil rakyat BN dan bukannya disalurkan kepada rakyat yang memerlukan, tetapi disalurkan kepada kroni masing-masing," jelas beliau.
Ketua Cabang PKR Tenom itu juga mengingatkan agar setiap anggota Jawatankuasa Cabang, baik yang telah dipilih atau dilantik harus mengekalkan budaya turun padang; di samping meneruskan program penambahan keanggotaan dari masa ke semasa.
“Semua kepimpinan Cabang saya minta mendekati rakyat di kampung masing-masing dan memberikan penerangan dengan sejelas-jelasnya akan hala tuju serta modus perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan nasib rakyat Tenom," tegas Halik.
Sementara itu, mesyuarat turut melantik Ketua-Ketua Zon peti undi sebagai persediaan PRU13 nanti dan semua AJK bersetuju untuk meminta diadakan kursus jentera pilihanraya daripada Ibu Pejabat yang akan diurus oleh Ketua Cabang, februari akan datang.
HALAMAN SANTAI
Selasa, 28 Disember 2010
PKR TENOM KECAM WAKIL RAKYAT BN
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 ulasan:
sebaiknya penjelasan dibuat berhubung dengan pekara ini??
sebaiknya jika bantuan dapat diberikan kepada penduduk yang memerlukan.
bantuan wajar diberikan keapda penduduk.
Kesabaran rakyat ada batasnya. Jangan sampai mletup nanti susah.
penduduk yang memerlukan bantuan perlu dibantu.
Sepatutnya tidak berlaku keadaan seperti itu, jika tidak ada pendedahan sebegini, ,maka akan ada ramai lagi yang leka...Jika tidak benar tuduhan yang dilontarkan, sila lah tampil kehadapan dan menjelaskan segalanya. Jangan hanya berdiam kerana diam itu menandakan bahawa apa yang dituduh jelas dan tepat kebenaranya.
Semua berharap agar peruntukan sampai kepada rakyat.
Bagus juga ada yang menyedarkan BN bangun dari kelekaan.
kenapa tidak dedahkan siapa kroni2 yang kononnya mendapat peruntukan dari kerajaan? pembangkang tidak lari mengaitkan peruntukkan kerajaan dengan kroni kerana itu lah antara modal mereka untuk menjatuhkan kerajaan.
What did PKR do besides pointing fingers?
tindakkan PKR ini mungkin betul, tapi apa yang tidak betul ialah cara mereka yang hanya tahu berkata-kata tapi tidak memberikan cadangan dan bantuan.
Wakil rakyat haruslah memberikan bantuan dan menyelesaikan maslaah yang dihadapi oleh rakyat setempatnya.
Benarkah kenyataan ini???
Apapun, saya berharap wakil rakyat BN melaksanakan tanggungjawab mereka dan menghulurkan bantuan.
PKR juga satu. Daripada bercakap buruk tentang BN, baik lagi membantu penduduk kampung.
Catat Ulasan