HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Disember 2010

Polis 'rompak' peniaga dibebas daripada reman

Hazlan Zakaria

Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini memberitahu bahawa dua anggota polis yang didakwa menyerang dan merompak seorang ahli perniagaan Chia Buang Ting telah dibebaskan daripada tahanan.

NONE"Mereka (polis itu) melantik peguam bagi bertindak bagi pihak mereka apabila dibawa kepada majistret pagi ini bagi melanjutkan reman.

"Bagaimanapun peguamnya membantah permohonan itu kerana tertuduh merupakan pegawai polis, tidak ada sebab untuk mereka lari, (jika berlaku) mereka akan mudah dikesan.

"Dan majistret setuju dengan bantahan itu dan membebaskan mereka," kata wakil rakyat DAP itu.

Semalam, Chia dilaporkan sedang menimbang mengambil tindakan lanjut terhadap anggota polis yang dikatakan menyerang dan merompak wang tunai RM13,000 daripadanya awal bulan ini.

Satu siasatan polis telah dimulakan, dengan Chia mengenal pasti beberapa anggota polis dalam kawat cam kelmarin.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, ahli perniagaan berumur 34 tahun itu turut hadir.

Tiada ulasan: