SHAH ALAM – Kerajaan diminta mengkaji semula saman ekor yang menjadi bantahan rakyat kerana diragui cara perlaksanaanya.
Pegawai Perhubungan FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman menegaskan kerajaan perlu menilai semula dasar yang kurang berjaya dan menerima rungutan daripada rakyat.
Semalam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang dipimpin Pakatan Rakyat menganggap pindaaan Akta Pengangkutan Jalan 2010 sebagai percubaan kerajaan untuk menswastakan saman ekor.
“Kita tengok sebelum ini ada beberapa dasar yang kerajaan tarik balik kerana salah satu daripadanya ialah bantahan daripada rakyat,” katanya kepada Tv Selangor.
Yusof juga mempertikaikan dasar yang kerajaan mahu laksanakan apabila tiada kajian dilakukan secara terperinci dan mengambil kira pandangan beberapa pihak yang pakar dalam bidangnya.
“Kerajaan perlu melihat dan mengkaji sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu dasar sebab akhirnya nanti yang akan menimbulkan masalahnya kepada rakyat kerajaan juga,” katanya.
Sebelum ini, PengerusiJawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor atau KASE, Datuk Mahfuz Omar bersama Wakil Rakyat Pakatan Rakyat dan KASE telah menghantar memorandum kepada Agong meminta baginda menolak kelulusan Rang undang-undang ini dan seterusnya memerintahkan agar ia dibahaskan semula di Parlimen.
Memorandum yang disertakan dengan hansard perdebatan Parlimen mengenai isu ini meminta agar Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara tidak menandatangai rang undang-undang yang baru diluluskan Dewan Negara kelmarin pada bacaan pertama.
“Bila mendapat bantahan daripada orang lain, kerajaan kaji balik, ia sebenarnya menjejaskan imej kerajaan sendiri seolah-olah sebelum kerajaan nak memperkenalkan satu dasar, kerajaan tak membuat pertimbangan secara mendalam terlebih dahulu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan