Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menjemput seluruh mahasiswa dan anak muda Malaysia bersama-sama menyertai XPDC Dakwah tahun baru 2011 di sekitar KLCC pada hari ini. “XPDC ini adalah sebagai salah satu usaha mahasiswa Islam yang sayangkan masysrakat Malaysia terutama golongan muda yang banyak terlibat dengan aktiviti tidak sihat dan gejala sosial ketika meraikan sambutan tahun baru seperti seks bebas, minum arak dan berpakaian tidak senonoh,” ujar timbalan pengarah program, Syahirah Zulkifli. Katanya, Gamis melalui Majlis Dakwah dan Kebajikan Nasional telah menjadikan XPDC itu sebagai acara tahunan mahasiswa sebagai usaha memberi khidmat kaunseling secara terus dari mahasiswa ke masyarakat dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan masalah buang bayi dan seks bebas. Dengan itu, pihaknya menjemput seluruh mahasiswa Malaysia sebagai mahasiswa yang prihatin untuk turun bersama-sama dalam program tersebut. Tambahnya, antara agenda utama pada malam nanti adalah solat hajat di Masjid As-Syakirin KLCC, mengedarkan risalah, ucapan umum mahasiswa, forum dan khidmat kaunseling. Mahasiswa, ujatnya diminta berkumpul di Masjid KLCC sekitar jam 6.30 petang untuk mengelakkan kesesakan untuk sampai di sana, diteruskan dengan solat Maghrib, solat hajat berjemaah sempena tahun baru, solat Isyak dan diteruskan dengan forum di masjid KLCC dan yang terakhir mengedarkan risalah. Untuk memudahkan mahasiswa ke sana, boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan LRT dan terus ke KLCC. Tambahnya, untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh rujuk di blog rasmi Gamis di www.mygamis.blogspot.com |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 31 Disember 2010
XPDC dakwah Gamis sambut 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan