HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Januari 2011

Anwar, jangan anggap saya ‘nyamuk’: Ummi

Ummi Hafilda berkata dirinya mungkin menjadi salah satu penyumbang utama kepada kejatuhan karier politik Anwar.


KUALA LUMPUR: Saksi kes Liwat I membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Ummi Hafilda Ali memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak meganggap dirinya sebagai ‘nyamuk’.

Malah Ummi berkata dirinya mungkin akan menjadi salah satu penyumbang utama kepada kejatuhan karier politik Anwar.

“Kalau kaji sejarah Raja Namrud yang menganggap dirinya Tuhan pada zaman Nabi Ibrahim, nyamuk yang kecik itu boleh membawa kemudaratan.

“Jadi Anwar jangan aggap saya nyamuk kerana dia boleh hilang kuasa, kedudukan, integriti sebagai pemimpin, dan segala-galanya.

“Apabila kembalinya ‘nyamuk’ ini, mungkin ‘nyamuk’ ini mungkin akan membawa kepada ‘kematiannya’ dari segi karier politik,” katanya kepada pemberita ketika mengulas respon Anwar apabila dipelawa berdebat berhubung kebenaran kes salah laku seks.

Ummi Hafilda yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman untuk berjumpa dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan membuat laporan polis tentang beberapa isu fitnah yang dihadapinya.

Fitnah jenayah

Antaranya, menurut Ummi berhubung fitnah jenayah yang dilakukan saksi kes yang sama 13 tahun lalu, Baginda Minda dan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid yang dikenali sebagai ‘Raja Komando’ terhadap dirinya.

Katanya, Baginda yang tidak pernah dikenalinya secara peribadi telah memfitnah beliau berzina dengannya dilaman blog dan media arus perdana walaupun dirinya telah melakukan sumpah laknat 10 tahun yang lalu.

Begitu juga dengan ‘Raja Komando’ yang mengheret setiausaha politik perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad, Datuk Aziz Shamsudin yang beliau kononnya menggelarkan dirinya pelacur namun dinafikan Datuk Aziz, katanya.

“Saya menganggap Baginda dan Raja Komando adalah saksi palsu yang telah dibawa oleh Anwar dalam mahkamah dan kita akan bongkarkan imbuhan yang mereka peroleh setelah mengaibkan dan memfitnah saya.

“Saya ada bukti dimana Raja Komando ini dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan semua projek pasir di Selangor. Saya juga mendapat maklumat Baginda diberikan tanah di Selangor,” katanya.

Selain itu, Ummi juga mahu membuat laporan polis bersama bukti yang akan diserahkan supaya siasatan dijalankan terhadap kekayaan yang diperoleh Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dalam keadaan yang ‘mencurigakan’.

“Saya memohon polis menyiasat segala kekayaan Azmin dan Shamsidar yang melampaui batas luar biasa di mana Azmin dengan rela telah melacurkan isterinya kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang merangkap Menteri Kewangan bagu tujuan mendapatkan kekayaan secara haram melalui pemberian peruntukan saham yang bernilai jutaan ringgit.

“Saya menncabar Azmin dan Anwar bahawa saya pernah menerima apa-apa imbuhan daripada mana-mana tokoh politik sedangkan saya mempunyai bukti dia yang sering berkonspirasi dan sering memberi upah kepada mana-mana individu untuk bersubahat dengan mereka,” katanya.

Sumpah laknat


“Saya mencabar Azmin dan Amwar membuat laporan polis fitnah jenayah ke atas saya sekiranya apa yang akan saya laporkan ini hanya fitnah semata-mata. Saya dah buat sumpah laknat, Saiful (Bukhari) dah buat, kenapa mereka tak berani buat?,” katanya.

Ditanya pemberita tujuan membuat laporan polis setelah 13 tahun berlalu, Ummi berkata dirinya selama ini sudah cukup bersabar kerana isu ini membabitkan abangnya sendiri.

“Pada ketika Anwar dipenjara saya fikir cukuplah, sebolehnya saya tak mahu heret abang dan (kakak) ipar saya tetapi mereka melampaui batas malah kesabaran saya itu diambil kesempatan untuk memfitnah dan menghina saya.

“Saya bersabar dan fikir mungkin selepas lima atau enam tahun, Azmin akan datang kepada saya dan berkata “Ummi, I am sorry” sudah cukup.

“Saya tidak akan buka mulut lagi selepas itu tetapi sampai hari ini orang masih memfitnah saya sebagai perempuan jalang, pelacur dan tidak bermaruah. Saya inginkan kebenaran supaya yang benar ditegakkan dan yang bersalah itu didakwa dimahkamah.

Telah sampai masanya saya membersihkan nama saya…cukuplah, ini maruah saya yang akan saya bawa sampai akhir hayat saya,” katanya.

Ummi, penulis surat “Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri” bertarikh 5 Ogos 1997, turut mahu membuat laporan fitnah jenayah terhadap beberapa blogger pembangkang yang memfitnah dirinya.

Blogger itu termasuk ‘Tukar tiub’, ‘Tranungkite’, ‘Ruang bicara pria malaya’, dan akhbar Media Rakyat yang berniat jahat menyiarkan gambarnya dimuka depan akhbar bertajuk ‘Kisah dalam kain diselak’.

“Saya memberi amaran kepada mana-mana blogger supaya lebih bertanggungjawab kerana saya akan heret mereka ke muka pengadilan.

Buktikan saya perempuan sedemikian. Buktikan atau sama ada kamu tarik balik kenyataan atau kamu akan berhadapan dengan saya, atau ke penjara,” katanya.

Sementara itu, Ummi selepas bercakap dengan pemberita bagaimanapun gagal berjumpa mahupun membuat laporan polis dengan Bakri kerana beliau difahamkan Bakri mempunyai urusan penting yang lain.

“Kita sudah buat temu janji hari ini dengan Datuk Seri (Bakri) malangnya beliau ada urusan penting lain dan kita akan buat satu lagi temu janji yang baru pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak,” kata peguam mewakili Ummi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika ditemui FMT.

Tiada ulasan: