Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan memperluas skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) kepada internet hanyalah persiapan awal BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim. Beliau yang juga seorang penulis blog politik berkata, cadangan itu sangat tidak masuk akal dan langkah yang mundur ke belakang. "Apapun alasan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk meminda Akta Mesin Cetak, saya lihat ianya tidak lebih dari persiapan awal BN menghadapi PRU ke 13," kata beliau. Khalil yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak juga berkata, cadangan kerajaan itu kerana pemimpin BN mula bimbang dengan keberanian pengamal media baru mendedahkan maklumat sebenar kepada pengguna internet. "Jika dikira dari segi bahan pemberitaan dan segala fakta yang disiarkan oleh blogger Pakatan Rakyat, saya lihat ianya merupakan sesuatu yang bertanggungjawab. "Kita keluarkan sesuatu yang sebenarnya dan inilah yang membimbangkan pemimpin BN," katanya yang juga Adun Titi Serong. Tambah Khalil lagi, Malaysia yang mengaku sebagai negara demokrasi seharusnya bersikap terbuka dalam perkara ini dan mencontohi negara lain yang mengamalkan kebebasan bersuara. "Malaysia sepatutnya malu kepada negara lain yang lebih bersifat terbuka demokrasinya. "Hak rakyat untuk bersuara di media internet yang hendak dikawal membuktikan demokrasi di Malaysia hampir terkubur," katanya. Tambahan pula ujarnya, rakyat sudah bosan dengan cara pemberitaan media cetak pro BN yang lebih bersifat mengampu daripada menyatakan kebenaran. "Media cetak yang pro BN juga berada di tahap lama dan telah lama tidak diminati bahan beritanya yang lebih kepada "ampu sana ampu sini"," katanya. Beliau juga berpandangan, cadangan itu kerana BN sudah tidak mampu membayar penulis blog pro BN yang meminta bayaran tinggi untuk menaikkan nama mereka. "Saranan itu juga bagi saya menggambarkan BN sudah letih melayan karenah blogger pro BN yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi. "Apa lagi melihat kepada laman sesawang pro BN banyak yang saya anggap "sampah" dan pengfitnah yang sengaja diada-adakan," katanya. Sehubungan itu, Khalil menyeru rakyat agar tidak teragak-agak menolak BN pada pilihan raya umum akan datang bagi menghalang mereka daripada terus melakukan tindakan yang tidak munasabah. "Oleh itu saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menunggu lama bagi menghentikan pelbagai tindakan yang sudah tidak masuk akal ini," katanya. Kelmarin, KDN mengumumkan untuk memperluas penguatkuasaan undang-undang ini merangkumi ruang maya termasuk laman web, blog, facebook dan twitter. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 28 Januari 2011
BN bimbang media baru dedah maklumat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan