HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Januari 2011

Khidmat Negara tawar Sikh jadi jurulatih

BERNAMA

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengalu-alukan individu beragama Sikh untuk menjadi jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di semua kem di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata pihaknya bersikap terbuka untuk menerima calon dari agama itu jika mereka mempunyai potensi dan memenuhi syarat kelayakan.

"Ini adalah satu langkah untuk meningkatkan penyertaan kaum Sikh dalam PLKN. Kalau sebelum ini kita mempunyai jurulatih dari tiga kaum terbesar di Malaysia... jadi bila ada kaum lain menyertai kita, ini akan menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia dalam program latihan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil dari Union of Perak Sikh Organisation, Sikh Walfare Society dan Malaysia Sikh Union.

Abdul Hadi berkata kehadiran jurulatih yang mempunyai pengetahuan berhubung sesuatu agama itu akan turut memberi nilai tambah kepada modul program yang sedia ada.

"Dalam PLKN, kita mempunyai modul integrasi yang mengajar pelatih tentang nilai moral dan agama. Namun adanya jurulatih yang pakar dalam sesuatu bidang agama itu, ia dapat memberi nilai tambah pada modul yang sedia ada.

"Contohnya bila ada jurulatih dari agama Sikh, mereka boleh duduk bersama dan membicarakan soal agama serta bersembahyang bersama-sama dengan pelatih-pelatih Sikh ini," katanya.

Mengulas mengenai pertemuan dengan tiga pertubuhan itu, Abdul Hadi berkata selain membincangkan mengenai penyertaan komuniti Sikh dalam PLKN, pihaknya juga bersetuju membenarkan pertubuhan terbabit mengadakan lawatan ke kem-kem PLKN.

"Pertubuhan mahukan proses maklum balas serta timbal balik antara pelatih dan juga jurulatih beragama Sikh dibuat.

"Kita telah bersetuju dan mereka boleh memilih mana-mana kem untuk mereka lawat, sekali gus berjumpa secara bersemuka untuk mengetahui masalah pelatih-pelatih Sikh di sini," kata Abdul Hadi.

Katanya melalui cara itu pelbagai perkara dan pandangan negatif dapat dikekang dan dielakkan sepanjang pelatih mengikuti pogram itu.

"Kita nak elakkan pandangan serong serta tidak mahu wujud lagi perkara negatif yang menimpa pelatih di sini seperti kes potong rambut yang terjadi pada pelatih Sikh di kem Sungai Bakap baru-baru ini," katanya.

Remaja lelaki terbabit, Basant Singh, 18, mendakwa rambutnya dipotong semasa sedang tidur di Kem PLKN Sungai Bakap, Pulau Pinang, Ahad lepas.

Susulan itu, Abdul Hadi berkata pihaknya telah menyerahkan perkara itu kepada polis untuk membuat siasatan lanjut dan mengumumkan hasil siasatan kepada umum.


13 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Mengapa sebelum ini mereka tidak mengaji jurulatih Sikh?

Mohd Ishak berkata...

Tidak kira apa jua pekerjaan dalam sektor awam, semua rakyat tidak mengira bangsa dan agama patut diberikan peluang untuk memohon.

tombolo berkata...

pengambilan jurilatih dari pelbagai kaum adalah baik bagi memupuk kerjasama antara kaum. ini jg menunjukkan bahwa semua kaum diberi peluang untuik berkhidmat dgn kerajaan.

Gopuk berkata...

Satu idea yang amat memberansangkan dan dilihat ini adalah menyambut seruan 1Malaysia. Semoga ada tampil untuk berkhidmat.

azman berkata...

ini cadangan yang baik. ianya lebih dapat memupuk semangat 1Malaysia.

Jason berkata...

Bagus lah tue. Memang patut ada Sikh jadi jurulatih di Khidmat negara supaya peserta sikh akan rasa selesa jika menyertai khidmat negara.

azman berkata...

usaha untuk membawa penyertaan pelbagai kaum dalam apa jua pekerjaan atau program akan menyemarakkan lagi konsep 1 Malaysia dan meningkatkan lagi perpaduan.

Unknown berkata...

Mungkin ini candangan yang baik. Jawapan untuk Mohd Ishak> Kerana mungkin sikh tidak berminat. Jadi itu sebab tidak ada jurulatih Sikh. Sekarang PLKN menawarkan harap para Sikh cuba untuk memberikan kerja sama.

Tanpa Nama berkata...

Mohd Ishak

selain dari jawapan Batresiah, saya rasa mungkin sebelum ini mereka tidak terfikir untuk mengambil jurulatih Sikh kerana cukup memadai dengan hanya mengambil jurulatih dari 3 kaum terbesar di negara ini. biasalah, manusia hanya akan tergerak untuk melakukan pembaharuan setelah berlaku sesuatu yang jelas menunjukkan kelemahan mereka. improvement bukan berlaku sekali, tetapi setiap masa....

Tanpa Nama berkata...

bagi saya ini adalah cadangan yang baik dan perlu dilaksanakan segera. selain itu JLKN juga perlu menggalakkan orang ramai mengemukakan aduan atau cadangan secara terus kepada JLKN bagi mengelakkan dimanipulasi oleh pihak media sekaligus membersihakan imej PLKN serta dapat bergerak sesuai dengan kemahuan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Tiba2 pulu muncul idea ni selepas kes budak sikh kena potong rambut tu.

Tanpa Nama berkata...

Apapun bagus juga lah idea ni. At least nampak juga 1Malaysia. hehe

Tanpa Nama berkata...

Usaha pihak Khidmat Negara amatlah disetujui.