Dalam diam-diam banyak juga duit kerajaan ye. Dalam sekelip mata kerajaan mampu menyediakan peruntukan dan menyalurkan dana sebanyak RM1.6 billion untuk diberikan kepada FELDA. Siapa yang berani kata Felda Bankrap? Pecahan agihan RM1.6 diberikan dalam bentuk seperti berikut :
- RM 424 juta : Disalurkan terus kepada peneroka menerusi program kebajikan dan insentif. Insentif tu seperti pendidikan dan kemahiran anak FELDA selain tabung kebajikan, khairat kematian, insentif produktiviti dan bonus hari raya.
- RM8.5 juta: Diperuntukan untuk memajukan prasarana bagi 500 lot tanah yang akan diberikan kepada generasi ke-2 di Johor.
- RM 344 juta : Dikhaskan untuk membina sekolah latihan, rumah generasi baru dan Menara FELDA. Kata mereka pembinaan menara ni untuk meningkatkan imej FELDA. Menara 50 tingkat dan terletak di Platinum Park.
- RM 472 juta : Yang ini pula bakal digunakan untuk pengurusan FELDA termasuk Semenanjung, Sabah & Sarawak.
- RM185 juta : Untuk tujuan pembayaran cukai serta perbelanjaan pembiayaan dan pembangunan tanam semula.
- Yang selebihnya itu akan dibelanjakan ke atas masyarakat FELDA.
Untungla…orang-orang FELDA. Persoalannya sekarang mana kerajaan perolehi dana sebanyak itu? Sebelum ini 1.2 juta kakitangan awam di Malaysia punyalah tunggu punya tunggu nak dapatkan bonus daripada pembentangan bajet 2011. Akhirnya impian tinggal impian, mereka hanya dapat Elaun Bantuan Khas (RM500). Tup-tup, senang pula orang-orang Felda dapat. Tak kisahla…..Felda dah dapat, itu memang rezeki mereka dan mereka juga ada sumbangan.
Begitu juga 1.2 juta kakitangan awam. Jangan dilupakan sumbangan mereka yang cukup besar kepada kerajaan dan negara. Harus diingat, sekiranya “1.2 juta kakitangan awam bangkit menunjukkan protes mereka”, lumpuh negara dibuatnya. Bukan nak menggugut, tetapi nak menunjukkan kesan yang bakal dialami negara sekiranya 1.2 juta kakitangan awam ini bangkit dan protes. Banyak agensi kerajaan akan ditutup. Kali terakhir pun kakitangan awam mendapat bonus gaji adalah semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmah Badawi (Perdana Menteri Malaysia ke-5). Dah 2 tahun lebih dah…..
Mereka daripada kakitangan awam takkan melatah jikalau gaji yang kerajaan berikan sebanyak RM1,500 sebulan sekalipun asalkan harga barang murah, harga minyak murah, harga rumah berpatutan dan lain-lain kos sara hidup yang tidak membebankan rakyat. Tidak mengapa. Tetapi realiti apa yang berlaku sekarang? Kakitangan awam punyalah merayu dah macam”peminta sedekah kami tengok”, itupun tak dapat juga. Kalau FELDA laju sahaja respon kerajaan.
Ini jawapan Datuk Seri Najib semasa memberikan alasan mengapa kerajaan tak mampu berikan bonus :Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberi bonus sebulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia melibatkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion
Kalau di Eropah sana, mereka ada Parti Buruh atau Labour Party yang mana parti tersebut memelihara golongan pekerja. Kenapa? Apa pentingnya Parti Buruh? Mereka percaya rakyat di sesebuah negara yang merupakan kakitangan kerajaan mahupun swasta memberikan sumbangan yang cukup besar dalam membangunkan negara/kerajaan. Jadi, Parti Buruh dilihat memainkan peranan yang cukup besar dalam membela nasib pekerja tidak kira kakitangan kerajaan mahupun kakitangan swasta asalkan bergelar buruh/pekerja.
Kalau kerajaan berusaha untuk menggembirakan golongan FELDA, kenapa kerajaan tak berusaha untuk menggembirakan golongan kakitangan awam? A happy employee makes a happy employer
Sebenarnya, kerajaan boleh sahaja berikan kakitangan kerajaan bonus satu bulan atau pun sekurang-kurangnya RM1000 tanpa menyebabkan defisit. Ini tidak, kerajaan gagal urus pentadbiran dengan betul akhirnya memberikan beban kepada rakyat. Naik harga barang, naik harga minyak, tak mampu berikan bonus…….
14 ulasan:
Harap kerajaan akan mengendalikan kewangan negara dengan baik supaya wang negara digunakan dengan cara yang terbaik.
Harap Felda akan menggunakan peruntukkan ini untuk membantu meringgankan beban peneroka.
peruntukan memajukan FELda labih baik daripada pemberian bonus. kerajaan tau mengurus kewangan negara.
peruntukan yang diberikan kepada felda perlulah digunakan dan diurus dengan sebaiknya.
Kerajaan sudah berikan peruntukan pun sesetengah pihak juga akan tetap bising dan mencari kesalahan baru. Sepatutnya mereka harus bersyukur.
semoga dengan peruntukan yang diperoleh felda akan dapat memajukan felda dan terus menyumbang kepada ekonomi negara.
Penjawat Awan dapat bonus 2 kali setahun untuk Tahun lepas..Maknanya semasa hari raya RM500 dan hujung tahun pula RM500. Maka RM1000 bonus penjawat awam dapat. Kira bersyukurlah daripada tidak dapat apa-apa.
peruntukan untuk FELDA adalah untuk jangka masa panjang. ia mmg perlu diutamakan.
1.6 bilion itu bukan untuk bonus kakitangan felda. ia bertujuan untuk meningkatkan prestasi felda. perlukah ia disamakan dengan bonus kakitangan kerajaan yang lain?? bila kerajaan mengabaikan felda dalam apa jua aspek pembangunan, ada pula pihak yang bising.. tapi bila kerajaan memberikan perhatian, pun masih ada pihak yang bising.
bagi saya felda memang layak menerima dana sebanyak itu berdasarkan sumbangan felda kepada pendapatan negara. isu ini tidak perlu dipertikaikan kerana jumlah itu sebenarnya masih sedikit berbanding dengan sumbangan warga felda kepada negara ini selama 50 tahun.
Semoga peruntukkan itu tidak diselewengkan oleh mana-mana pihak. Ini demiki warga Felda.. Memajukan Felda lagi dari peruntukkan ini.
Semoga peruntukan yang diberikan digunakan sebaik mungkin.
Apapun saya harap keadaan ekonomi negara kan kekal stabil dan bertambah baik:)
Wah banyaknya 1.6 billion tu. Harap peruntukan tersebut digunakan dengan betul.
Catat Ulasan