Pertikaian keputusan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (BHEP UPM) untuk membatalkan kemenangan calon pro-Mahasiswa berakhir dengan pertembungan fizikal berdarah. Kejadian ini berlaku apabila pintu kaca pejabat TNC pecah dirempuh, dan pegawai keselamatan mula mengasari mahasiswa yang enggan beredar untuk menuntut penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor, Fauzi Ramlan.
Ratusan siswa-siswi berkumpul di depan pejabat TNC pada jam 8.30 pagi hari ini, untuk membantah keputusan BHEP UPM membatalkan kemenangan calon pro-Mahasiswa, semalam. Walaupun pihak BHEP akhirnya berganjak dengan menarik balik pembatalan tersebut pada tengah hari, tetapi siswa-siswi tetap enggan beredar dari situ untuk menuntut penjelasan.
Pengawal keselmatan menghalang siswa-siswa tersebut dari terus memasuki ke ruang pejabat TNC, namun akhirnya, pintu masuk kaca tersebut dirempuh.Serpihan kaca ini dipercayai menyebabkan darah kelihatan di lantai, kedua-dua pihak siswa dan pegawai keselamatan turut mengalami kecederaan. Beberapa orang pegawai keselamatan dikatakan menyerbu ke arah siswa dan kekasaran berlaku selepas pintu kaca pecah.
Peristiwa ini berlaku akibat dari “surat bantahan” yang diserahkan oleh seorang siswa UPM bernama Khairul Fadzeen, yang menuntut agar kemenangan calon pro-Mahasiswa dibatalkan, dan pihak UPM bersetuju dengan cadangan itu.Namun, Timbalan Menteri Pengajian, Datuk Saifuddin Abdullah mengarahkan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengekalkan status 33 calon dan menarik balik keputusan membatalkan kemenangan 10 pelajar — yang kesemuanya sebelum ini dilabel sebagai barisan Pro Mahasiswa.
Berikut adalah kenyataan akhbar dari Datuk Saifuddun Abdullah:
KUALA LUMPUR, 23 Feb — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengarahkan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengekalkan status 33 calon dan menarik balik keputusan membatalkan kemenangan 10 pelajar — yang kesemuanya sebelum ini dilabel sebagai barisan Pro Mahasiswa.
Kesemua 33 calon Pro Mahasiswa, yang didakwa beraliran condong kepada politik pembangkang, dibatalkan kelayakan bertanding kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas alasan berkempen secara berkumpulan.
Keputusan itu termasuklah mereka yang menang pilihan raya kampus itu.Justeru, Saifuddin mahu pentadbiran UPM agar mengekalkan keputusan pilihan raya kampus seperti yang diumumkan kelmarin.Pro Mahasiswa juga mencatatkan keputusan baik kali ini di beberapa universiti lain.
“Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, saya tida bersetuju dan saya cadangkan supaya kekalkan keputusan seperti keputusan pengundian.
“Jangan nanti orang anggap kita seperti Burma yang tak iktiraf Aung San Suu Kyi, jangan orang anggap kita seperti Palestin yang tak iktiraf kemenangan Hamas,”Beliau berkata tidak wajar pengurusan UPM membatalkan kelayakan Pro Mahasiswa kerana kumpulan itu tidak dapat membela diri ketika bantahan dibuat oleh kumpulan Pro Aspirasi.
“Pada saya perkara ini mudah sahaja, yang pertama siapa yang buat bantahan, apa alasan untuk bantahan dan adakah Pro Mahasiswa diberi keadilan untuk mempertahankan diri?
“Setahu saya (Pro) Aspirasi yang buat bantahan, alasan tanding berkumpulan dan Pro Mahasiswa tak diberi peluang untuk membela diri.
“UPM suruh mereka (Pro Mahasiswa) buat rayuan, tapi nak buat rayuan apa kalau nak pertahankan diri juga tidak boleh, macam mana nak buat rayuan,” katanya.Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu, Pro Aspirasi juga sebuah kumpulan, jadi mengapa hanya Pro Mahasiswa yang dikenakan tindakan.
“Pro Aspirasi juga sebuah kumpulan, katakan kepada saya dan dunia adakah Pro Aspirasi bukan sebuah kumpulan,” kata Saifuddin.Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa.
Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi. Dalam pada itu, kira-kira 40 ahli Pro Mahasiswa UPM mengambil langkah drastik dengan mengepung pusat pentadbiran universiti sebagai membantah tindakan membatalkan status mereka.
Menurut jurucakap kumpulan itu, Mohd Ramzul Nasri Kamarusaman, pihaknya mahukan penjelasan dari pentadbiran UPM berhubung pembatalan calon Pro Mahasiswa itu.
“Sekarang kami sedang mengepung pentadbiran UPM dan memohon menjelas dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) berhubung pembatalan status calon Pro Mahasiswa yang bertanding.
“Kita hanya mahukan penjelasan dalam perkara ini, kenapa status kami dibatalkan? Apa yang saya tahu bantahan di buat oleh seorang ahli Aspirasi yang tewa (dalam pilihan raya kampus),”
Kenapa perlu jadi begini? Soalnya sekarang, mengapa kemenangan mereka dibatalkan tanpa sebab musabab yang kukuh? Hanya kerana atas alasan berkempen secara berkumpulan? Apa jenis pentadbiran macam ni? Jadi, Pro Aspirasi bukan berkempen secara berkumpulan? Nampak pelik situasi kes ini sebenarnya.
Apa pandangan pembaca terhadap kes ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan