HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Februari 2011

Datuk Seri Mohd Ali Rustam-Bantuan Datang Jika BN Menang DUN Merlimau?

Staff Berita Semasa

ali rustam beruk1 Datuk Seri Mohd Ali Rustam Bantuan Datang Jika BN Menang DUN Merlimau?

Dulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pernah membuat kenyataan yang sama semasa pilihanraya kecil Sibu, kali ini, Ketua Menteri Melaka pula membuat kenyataan yang sama.Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Beliau memberitahu demikian kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka, Yang Ying Chong, sebelum beredar dari pusat penamaan calon bersama calon BN, Roslan Ahmad.Sebelum itu, selepas penamaan calon pagi ini, Yang menyerahkan kepada ketua menteri tuntutan antaranya, sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Kenapa perlu mengucapkan kenyataan sebegini? Ayat tersebut sebenarnya yang akan menjatuhkan barisan nasional dalam pilihanraya akan datang.Mengapa perlu mengugut dalam memberi bantuan? Perlu diingat, duit kerajaan bukan duit “sendiri”. Bantuan kerajaan tidak memilih bulu dalam hal ini.

Sepatutnya, tidak kiralah apa parti politik sekalipun, kalah atau menang, bantuan yang sepatutnya hendaklah dihulurkan sekiranya perlu.Bukan dengan mengugut kaum cina seperti demikian.Barulah menampakkan bahawa kerajaan sebenar-benarnya telus dan ikhlas dalam membantu rakyat.

Terus terang kami katakan, pendekatan politik begini sebenarnya sangat memualkan kami.Main lama makin teruk.Dengan status Ketua Menteri, sepatutnya beliau bijak dalam memberi kenyataan dalam meraih undi.Tidak perlulah sampai membuat kenyataan sebegitu. Apakah pandangan anda mengenai kenyataan Ketua Menteri Melaka ini?

Tiada ulasan: