HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Februari 2011

Pro-M UPM batal jumpa TNC atas nasihat peguam

Abdul Rahim Sabri

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia UPM membatalkan pertemuannya dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan petang ini untuk berbincang berhubung pembatalan calon mereka dalam pilihan raya kampus 21 Februari lalu, atas nasihat peguam.

Pertemuan tersebut dijadual diadakan di Kolej Kediaman ke-13 pada jam 3.30 petang in untuk turut membincangkan mengenai cadangan penambahbaikan proses pilihan raya kampus itu pada masa akan datang.

NONEPertemuan tersebut sepatutnya dijadual semalam, bagaimanapun ditangguh ke hari ini, atas permintaan kumpulan tersebut kerana suasana di kampus "masih panas".

"Kita ikut nasihat peguam kerana (isu ini) dalam siasatan polis. Apa-apa tindakan, kita rujuk kepada peguam," kata bekas pengerusi pro-M UPM, Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah (kanan).

Katanya, mereka dimaklumkan oleh pihak peguam mengenai perkara itu sebelum solat Jumaat hari ini.

Lokman dijadualkan bertemu dengan Dr Mohd Fauzi bersama empat lagi aktivis pro-M.

Kelmarin lebih 100 penyokong pro-M berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus berkenaan.

Bagaimanapun, pada sebelah tengaharinya pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan itu selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".

upm scuffle 230211Susulan itu, mereka mendesak Dr Mohd Fauzi memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan dan bertindak merempuh pintu kaca bangunan itu sehingga pecah, ekoran keengganan beliau berbuat demikian.

Tiada ulasan: