HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Februari 2011

Projek Terbaik Melaka

SUARA MELAKA







Rakyat di setiap kawasan yang kematian ahlli parlimen dan adun akan menikmati pembangunan lebih cepat berbanding pembangunan yang diperintah oleh kerajaan UMNO/BN itu sendiri. Ini kerana kerajaan akan menyalahgunakan segala jenteranya seperti syarikat air, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Kerja Raya.

Sebagai contoh yang terdekat untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau ini. Bnyak jenis jentera yang pelik berwarna merah untuk tujuan membaiki jalan. Sebelum ini rakyat pernah mengadu bahawa kerosakkan jalan perlu diperbaiki tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib.

Namun selepas wakil rakyat meninggal barulah kerja-kerja menyegeran seperti maggi goreng ini rancak dijalankan. Ini membuktikan bahawa wakil rakyat UMNO/BN tidaklah penting semasa hayat mereka masih hidup. Tetapi selepas meninggal, projek datang mencurah-curah seperti mendapat durian runtuh.

Bukan di DUN Merlimau sahaja projek dicurahkan. Namun sebelum pilihan raya sebelum ini seperti di DUN N.45 Galas (Kelantan), N.05 Tenang (Johor), N.27 Merlimau (Melaka) dan terkini di DUN Kerdau akan menerima habuan selepas kematian wakil rakyat.

8 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Lebih baik kalau semua projek dapat disiapkan sebelum pilihan raya kecil. Inilah masa terbaik untuk memenuhi keperluan rakyat. Rakyat ambillah peluang ini untuk meminta apa yang diperlukan dan pastikan ia siap sebelum PRK.

mandau berkata...

bgs juga jika projek2 pembangunan telah dijalankan.

Jason berkata...

Ini adalah peluang yang terbaik untuk mengambil hati rakyat dengan meneruskan projek2x pembangunan.

azman berkata...

projek-projek ini memberikan peluang kepada rakyat untuk mendapat pembangunan di kawasan mereka.

Gopuk berkata...

Sepatutnya kena sama rata. Tempat2 lain yang menjadi tanggungjawab mereka juga harus di beri perhatian.

Hosie Masie berkata...

Rakyat sendiri tahu apa yang perlu dilakukan. Maka tidak perlulah risau dengan semua ini.

Tanpa Nama berkata...

ini menunjukkan BN mampu membawa pembangunan di kawasan itu pada bila2 masa, pakatan??? sebab itu pakatan tidak senang dengan setiap projek pembangunan yang dilakukan oleh BN. disebabkan pakatan tidak mampu membawa pembangunan, maka segala usaha positif kerajaan dinegatifkan atau seboleh2nya digagalkan supaya rakyat tidak menikmati pembangunan itu.

Paquin berkata...

Terpulanglah pada penilaian rakyat masing-masing:)