HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Februari 2011

Krisis Libya: Gaddafi sedia serang, anak pula runding genjatan senjata

THE MALAYSIAN INSIDER

TRIPOLI — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi menegaskan kerajaannya bersedia untuk melepaskan “tembakan jika memerlukan” demi bagi mempertahankan rakyatnya daripada “musuh.”

“Kita boleh melawan mana-mana musuh, Kita boleh melawan mereka dengan iltizam rakyat. Rakyat dibekalkan dengan senjata dan apabila perlu, kita akan mengeluarkan senjata untuk menyediakan kesemua rakyat Libya dengan senjata dan (juga) kesemua suku di Libya,” kata beliau ketika berucapa di Dataran Hijau di sini, semalam.

Dalam pada itu, anaknya Saif al-Islam berkata pasukan keselamatannya menangguhkan pertempuran dengan pemberontak di sebelah barat Libya dan berharap genjatan senjata yang dirundingkan akan dapat dilaksanakan hari ini.

Ketika bercakap dalam Bahasa Inggeris kepada wartawan asing yang diterbangkan ke Tripoli dengan kawalan pasukan keselamatan rasmi, Saif yang mengulas mengenai pertempuran di dua bandar berkata: “Di Misrata, di Zawiya, kami ada masalah.”

“Kami sedang berurusan dengan pengganas . . . tentera memutuskan untuk tidak menyerang pengganas, dan memberikan peluang untuk perundingan.

“Harap-harap ia boleh dilakukan dengan aman dan kami akan melakukannya menjelang esok (hari ini),” katanya dipetik Reuters.

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon pula menggesa Majlis Keselamatan mengambil tindakan tegas bagi menangani krisis Libya.

Katanya, rejim Muammar telah melanggar hak asasi manusia dan lebih 1,000 orang telah terbunuh.

Tiada ulasan: