HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Februari 2011

Pengambilalihan PLUS Tunjuk Desakan PR Berhasil

TVS NEWS


SHAH ALAM: Tindakan kerajaan untuk mengambil alih lebuhraya PLUS menunjukkan desakan Pakatan Rakyat selama ini berhasil dalam memastikan rakyat menikmati kemudahan yang disediakan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Zulkefly Ahmad ketika dihubungi TV Selangor berkata, prinsip yang lebih penting adalah kerajaan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Plus Expressway Bhd (PEB) dalam satu mesyuarat agung tergempar (EGM) semalam memutuskan untuk menerima tawaran ambil alih oleh gabungan UEM Engineering Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kedua-dua resolusi tawaran RM23 Billion serta pelan pembayaran modal telah diterima dalam mesyuarat itu dan penyenaraian saham PEM akan dilakukan hujung September.

"Prinsip lebih penting adalah memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan perkhidmatan asas dalam harga yang rendah dan munasabah," katanya.

Tambah Dr Dzulkefly, kerajaan diharapkan tidak menggunakan wang KWSP sehingga menjejaskan pembayaran dividen kepada pencarum pada masa akan datang.

KWSP dan UEM, subsidiari milik sayap pelaburan negara Khazanah Nasional, memiliki lebih 60 peratus ekuiti dalam pengendali lebuh raya itu.

"Jangan sampai penggunaan KWSP dan wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan GLC yang sakit dan dikhuatiri tidak dapat memberikan dividen yang tinggi kepada pencarum," katanya.

Beliau berkata lagi, kerajaan diminta agar terus memastikan setiap polisi yang dirangka dan pelaksanananya perlu mengutamakan kepentingan rakyat serta mengelakkan daripada dibebani dengan kos yang akan membebankan.

"Saya secara peribadi, dasar yang sepatutnya diambil dan benar-benar merakyatkan ekonomi sepatutnya mesti menumpukan kepada akhirnya membekalkan perkhidmatan itu kepada harga paling minima. Kita tahu perkhidmatan ada kos andainya ia dapat dibekalkan pada kos yang minima, maka kita akan dapat melihat kos kepada perkhidmatan lain dapat diturunkan," katanya.

Tiada ulasan: