HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Februari 2011

MT Umno tentukan harga petrol?

PASPB



Kalau mengikut cakap 'yang selalu tak serupa bikin' Menteri Perdagangan Dalam Negeri, harga bahan petroleum tidak akan dinaikkan.

Tahun 2010 dulu pun pernah maklum harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan sehingga penghujung 2010 tetapi dinaikkan walaupun tahun 2010 masih berbaki beberapa bulan.

Menjelang PRK DUN Kerdau dan Merlimau, Ismail Sabri menabur janji sekali lagi bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan tetapi kemungkinan

besar akan dinaikkan sebaik-baik keputusan kedua-dua PRK memberi kemenangan kepada umno/BN seperti yang terjadi di Tenang.

Dua puluh empat jam setelah diumumkan kemenangan, kerajaan (Majlis Tertinggi Umno) mengumumkan kenaikan harga RON97. Majlis Tertinggi Umno?

Kenyataanya, begitulah. Semua keputusan menaikkan harga atau mengikut bahasa umno - penyelarasan harga - dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno rupa-rupanya....

Dan jangan kita hairan jika 'keputusan Majlis Tertinggi Umno' itu sebenarnya adalah keputusan yang dibuat oleh DS

Flom di dalam kamar tidur yang kemudiannya dibawa oleh Najib ke dalam Majlis Tertinggi Umno.

Sejak era najib, macam-macam perkara yang tidak pernah dijangka berlaku, telah, sedang dan akan terus berlaku.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Be prepared for price hike in petrol.

mandau berkata...

rakyat benar2 berharap harga petrol takkan dinaikkan lagi.

zam berkata...

kos hidup semakin meningkat. harap harga minyak tidak akan naik lagi.

Sanih Alias berkata...

Ini bukan masalah tentukan atau apa pun. Tapi untuk negara kita. Tidakkan kita mahu negara menampung beban tinggi dari subsidi. Maka dengan mengurangkan subsidi sedikit ini dapat mengurangkan beban negara.

nickko berkata...

bila ada tindakan kerajaan yang mengambil kira beban serta kos hidup yang dihadapi oleh rakyat, mulalah parti2 pembangkang di negara ini menunjukkan rasa tidak puas hati kerana mereka semakin jauh ketinggalan oleh parti pemerintah dalam memenangi hati rakyat. mereka terpaksa menghasut rakyat dengan menafikan jaminan kerajaan itu supaya menyokong Pakatan yang entah mampu atau tidak mentadbir negara ini.

nickko berkata...

rakyat perlu bijak menilai samada mahu memilih parti yang bertungkus lumus membela nasib rakyat atau parti yang hanya tahu menghasut dan mengagalkan usaha baik pihak lain.

songkilou berkata...

walauapapun, kita kena bersedia untuk perubahan yang mungkin akan berlaku, bila2 masa sahaja.

songkilou berkata...

Kerajaan akan mensabsidikan barang tertentu termasuk petrol. Tapi jangan pula terlalu bergantung pada kerajaan, kerana bila2 masa perubahan akan tetap berlaku.

Hinamori berkata...

Bila2 masa shj keadaan akan berubah. Keep alert. Tp jgn la smpi myusahkn rakyat.