HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Februari 2011

Lima pelajar UPM akan diambil keterangan

THE MALAYSIAN INSIDER

SERDANG — Polis telah mengenal pasti lima orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terbabit dalam mencetuskan kekecohan di bangunan pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM di sini semalam.

Mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan, kata Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abdul Razak Elias.

Beliau berkata pihak pentadbiran dan pengawal keselamatan universiti telah membuat dua laporan polis.

“Polis akan menyiasat insiden semalam di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mengadakan rusuhan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Abdul Razak turut meminta pihak luar supaya tidak memanipulasi perkara tersebut dan berharap pihak universiti dan mahasiswa dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik.

Tiada ulasan: