HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Februari 2011

Azan : KITA Cuba 'Pancing' Ahli PKR Bukan Satu Kejutan

Ditulis oleh Radzi Razak


PETALING JAYA : Pengerusi Majlis Pimpinan Terengganu PKR, Azan Ismail tidak terkejut jika Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan bekas pengerusi MPN Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim cuba 'memancing' ahli PKR ke parti itu.

"Kita tak terkejut atas usaha itu.

"Kalau tanya saya, di peringkat cabang, peringkat negeri Terengganu, kita bersedia kerana itu tugas parti politik," katanya.

Zaid menubuhkan KITA setelah mengambil alih parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) sesudah meletak jawatan dan menarik diri dalam pemilihan PKR November lalu.

Hari ini ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng yang juga bekas ahli PKR menjadi ahli terbaru parti ini.

Azan tidak menolak faktor KITA ditubuhkan dan dianggotai bekas ahli PKR merupakan salah satu sebab hal ini berlaku.

"Mereka pun berasal dari kita (PKR) sebelum menjadi 'KITA' (parti). Sebab itu mereka cuba dapatkan sokongan dari parti sama.Tapi kita dah bersedia," ujar Azan.

Azan turut menyatakan usaha parti lain memancing ahli PKR merupakan perkara biasa dan tidak menjejaskan parti secara keseluruhan.

"Kita dah melalui perkara ini terlalu banyak kali ini bukanlah major hassle, cuma yang saya nak tekankan kita tak setuju dengan cubaan rasuah ini dan nyatakan pendirian kita dengan tegas," katanya.

Tiada ulasan: