BERNAMAPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap tindakan kumpulan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang mengadakan demonstrasi di ibu kota hari ini, adalah semata-mata untuk memburukkan Malaysia melalui media antarabangsa.
"Kita tak nak guna kekerasan, mereka mengharapkan kita guna kekerasan supaya mereka nak terokai melalui televisyen antarabangsa yang menunjukkan kononnya kita sebuah rejim autokratif dan sebagainya, itulah niatnya yang sebenar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25 di Temerloh, hari.
Najib berkata, tindakan kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi di KLCC jelas menunjukkan mereka hanyalah menimbulkan satu gambaran yang buruk kepada negara ini melalui media antarabangsa.
Najib berkata kumpulan itu sebenarnya boleh menyerahkan apa jua memorandum kepada beliau atau pemimpin-pemimpin lain di Putrajaya.
"Mengapa perlu buat demonstrasi dan kenapa buat demonstrasi di KLCC pula," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan