HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Mac 2011

FOMCA Gesa JPJ, Polis Kaji Sistem Tidak Relevan

TVS NEWS

SHAH ALAM : Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA mengesa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis mengkaji semula sistem sedia ada untuk kepentingan semua pihak khususnya pengguna jalanraya yang terkesan akibat sistem dan peraturan yang tidak lagi relevan pada hari ini.


Setiausaha Agung FOMCA, Muhd. Shani Abdullah berkata, segala rungutan, keluhan dan cadangan pengguna jalanraya yang terkesan akibat saman seharusnya dipandang serius dan dijadikan kayu pengukur kepada kemampuan sistem dan pengurusan pihak terbabit.

"Perlu ada penerimaan terhadap teguran-teguran pengguna jalanraya supaya pengguna jalanraya juga menghormati peraturan yang dikenakan,"katanya ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Mengulas perkara yang sama, Sha'ani berkata pihak bertanggungjawab seharusnya melihat keberkesanan sistem mereka sebelum meletakan hukuman pengguna jalanraya dengan menyenarai hitam nama mereka.

Walau bagaimanapun beliau tidak menafikan, pesalah seharusnya melunaskan saman mereka tanpa namun tindakan menyenarai hitam nama pesalah bukannya jalan penyelesaian malah ia lebih kepada satu bebanan kepada pengguna.

Tindakan menyenarai hitam pada hematnya, hanya akan melahirkan lebih ramai pesalah jalanraya.

"Pesalah memang harus melunaskan cepat, tetapi kalau tidak ada susulan, notis pun tidak diberi, jadi JPJ dan Polis tidak boleh mengatakan notis telah diterima pesalah, ini adalah kelemahan sistem.

"Pihak berkuasa mesti mendengar masalah pesalah untuk mengatur bagaimana mereka mampu melunaskan saman mereka, kalau menyenarai hitam mereka, lebih ramai yang bakal memandu tanpa lesen dan insuran,"tambah beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau turut meminta Kementerian Pengangkutan mengkaji had kelajuan di sesetengah kawasan yang dianggap tidak relevan dengan keadaan jalan yang sudah dinaikkan taraf.

"Rata-rata orang ramai mengeluh tentang had laju yang ditetapkan walaupun melalui jalan raya lurus dan lebuh raya lebar, had laju masih 90km/j, sebagai contoh lebuhraya persekutuan masih 90km/j, ini adalah tidak profesional dari segi penetapan had laju," tambahnya lagi.

Tiada ulasan: