HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Mac 2011

BN Guna Polis Ganggu Ceramah Anwar Di Kuching

Oleh Dzulkarnain Taib

dun_tupong1KUCHING - Kehadiran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bumi Kenyalang terus mengugat kepentingan Barisan Nasional sehingga memaksa anggota keselamatan mengganggu siri ceramah sejak beliau tiba Kuching petang tadi.

Kemana dan di mana sahaja beliau berada pihak polis terutamanya anggota Cawangan Khas sentiasa mengekori serta memantau beliau.

Malah pada banyak lokasi pihak polis berusaha menganggu ceramahnya dengan pelbagai cara.

Umpamanya di Padungan laluan beliau ke sebuah kedai kopi di mana perjumpaan diadakan bagi meraikan ulangtahun tahun ke 12 KEADILAN telah disekat oleh kenderaan anggota keselamatan.

Kira-kira 500 penduduk tempatan yang setia menunggu Anwar selama lebih sejam mula melaungkan rasa tidak puas hati kepada pihak polis yang membuat halangan terhadap Ketuaa Pembangkang itu

Setelah berunding dengan Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kok Khiong, barulah beliau dibenarkan berucap selama kira-kira 15 minit sahaja.

Perkara yang sama berlaku di Tupong di mana trak serta puluhan anggota polis sudah sedia menunggu kedatangan Anwar di Bilik Gerakan Utama Dewan Undangan Negeri N6 Tupong.

Sekali lagi Anwar terpaksa berkompromi dengan pegawai polis agar dibenarkan berucap selama 15 minit juga.

Ucapan bersemangat beliau menguatkan lagi sokongan lebih 300 rakyat di kawasan tersebut untuk mendengar amanat ringkas pemimpin mereka walaupun di beri amaran oleh pihak polis agar beredar.

Tiada ulasan: