Dari Vesuanathan Suppiah, via email
Kalau kita selak sejarah politik Malaysia ramai tokoh politik tumbang selepas ada desas-desus skandal. Skandal wang, politik, perempuan dan rasuah.
Senarai pemimpin seperti Mokhtar Hashim, DP Vijindran, Harun Idris, Isa Samad (tumbang –timbul balik) Rahim Thamby Chik (tumbang-timbul balik tapi terkapai-kapai) dan sebagai nya.
Ada dua pemimpin yang terdedah kepada berita skandal namun masih popular dikalangan rakyat – Anwar Ibrahim dan Chua Soi Lek.
Chua mengaku terlibat dalam video sex namun ahli MCA mengundi dan memilih beliau sebagai presiden parti. Chua cukup berkesan dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat terutamanya kaum Cina yang beliau wakilli di BN .
Hujah dan komen beliau begitu tegas dan tulus tanpa meragu-ragu terhadap tindak balas abang besar nya iaitu Umno.
Begitu juga dengan Anwar. Anwar bukan saja pemimpin bangsa Melayu. Beliau ialah pemimpin nasional dan tidak keterlaluan jika saya sebut bahawa beliau adalah pemimpin antarabangsa.
Saya cabar umum – namakan seorang pemimpin negara yang begitu terpengaruh dengan kuasa-kuasa luar? Mustahil kita dapat seorang anak Malaysia yang cukup disegani oleh dunia global kecuali Anwar bin Ibrahim.
Bukan senang hendak bangun dan berjuang selepas dituduh, dipenjara dan sebagainya. Hanya Nelson Madela satu-satunya insan yang berhati tabah sanggup berjuang bertahun-tahun demi kebebasan dan demokrasi hak rakyat.
Begitu juga dengan Anwar, sokongnya bukan datang dari kaum nya sahaja tapi setiap lapisan masyarakat dari berbilang kaum di Malaysia percaya bahawa beliau ada ciri-ciri kepimpinan yang jitu serta mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju berbanding sekarang.
Bayangkanlah kejayaan pakatan Rakyat pada 2008 , jikalau faktur Anwar sebagai pemimpin yang tidak bermoral seperti mana yang diwar-warkan oleh setengah pihak itu relevan dan diterima umum tak akan PR menang besar dalam PRU 12.
Pendek kata, skandal tokoh politik ada dua katogeri – satu saiz tikus dan satu lagi saiz gajah. Anwar dan Isa saiz gajah dan yang lain-lain saiz tikus, jadi jangan buang masa dengan isu video lucah – rakyat tak main dan tak akan buy-in strategi manusia yang berfikiran sempit.
Jikalau hendak mengalahkan Anwar bertarunglah di medan PRU13 sebagai anak Jantan lain lah kalau nak lariskan jualan suratkhabar ….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan