HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Mac 2011

Pemberian Bantuan Ketika Pilihanraya Bukan Rasuah!

Staff Berita Semasa

nazri aziz1 Pemberian Bantuan Ketika Pilihanraya Bukan Rasuah!

Pada artikel yang terdahulu, kami sudahpun mengupas mengenai isu pemberian bantuan dalam pilihanraya yang dikatakan berat sebelah kerana sering menggunakan terma “kerajaan” daripada “parti”, apabila bertanding di dalam sesuatu pilihanraya.Kali ini, kami ingin mengupas pula mengenai kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yangmembuat kenyataan bahawa pemberian bantuan ketika pilihanraya tidak boleh dianggap rasuah.

Pendapat kami, ini adalah merupakan taktik kotor dalam pilihanraya.Yang telahpun berakar umbi sejak lama dahulu oleh ahli politik di Malaysia ini.Bagi kami, setiap parti sepatutnya bertanding dengan lebih adil dan mewakili parti untuk meyakinkan penduduk setempat bahawa parti tersebut dapat mentadbir urus negara dengan lebih baik.Bukan menggunakan segala wang kerajaan dan wang pembayar cukai dan kemudian dijenamakan semula kepada “Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional”.Ianya lebih baik dengan “Satu Lagi Projek Kerajaan Malaysia”.

Berikut di bawah adalah kenyataan Nazri apabila ditanya wartawan mengenai isu pemberian bantuan ketika pilihanraya.

KUALA LUMPUR: Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata, ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya. “Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)…sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan? ”Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya),” katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Ab Aziz dalam soalannya ingin tahu sama ada pemberian bantuan segera ketika pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan satu bentuk rasuah dan adakah kerajaan bercadang menghentikan bantuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya.

Menjawab soalan Ab Aziz mengenai jumlah aduan rasuah yang diterima Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pilihan raya kecil bagi tempoh 2008 hingga 2010, Mohamed Nazri berkata, sebanyak enam kes diterima dan disiasat dalam tempoh itu. – BERNAMA

Fungsi kerajaan bagi kami, adalah sentiasa memberi bantuan tidak kira masa sekalipun, baik pilihanraya atau selepas pilihanraya, terhadap sesuatu yang diperlukan oleh rakyat di dalam negara.Bukan sahaja memberi bantuan, malah menyediakan insfrastruktur serta kemudahan asas yang baik serta mentadbir urus hasil negara dengan lebih cekap, bagi membawa negara ke arah negara yang berdaya maju dan mampan.

Tidak kiralah apa parti politik sekalipun, baik PAS,PKR,BN, atau DAP, jangan hanya nak kejar nama dan kejayaan dalam politik sahaja, perlu ingat sikit bahawa rakyat yang memilih anda.

Apa pandangan anda mengenai kenyataan Nazri ini?

Tiada ulasan: