Beliau disiasat di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis dan Akta Hasutan.
Azmin berkata beliau “terkejut” apabila pegawai yang merekod keterangan itu tidak membaca laporan polis yang dibuat terhadapnya selaku Ahli Parlimen Gombak.
Beliau dikemukakan18 soalan.
Peguamnya, N. Surendran berkata beliau “terkejut” dengan soalan yang dikemukakan, seolah-olah Malaysia adalah “negara polis” dan “diktator”.
Surendran berkata Azmin ditanya sama ada kandungan dalam ceramahnya bertujuan menghasut orang awam untuk menentang kerajaan seperti pemberontakan yang berlaku di Mesir dan Tunisia.
“Soalan yang ditanya berbentuk gangguan, ugutan kerana mengganggu seorang wakil rakyat untuk menjalankan tugasnya.
“Soalan itu seolah-olah mahu menghalang pembangkang dairpada mempersoalkan polisi kerajaan,” katanya.
Progam Pakatan Rakyat 25 Mac lalu di Taman Melawati, Gombak bertukar “hodoh” apabila polis bertindak menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dan ia menimbulkan kekecohan.
Anwar yang merupakan penceramah terakhir pada malam itu, hanya sempat berucap selama 13 minit, walaupun polis sebelum itu membenarkan Ketua Umum PKR itu berucap selama 15 minit.
Azmin juga mempersoalkan mengapa tindakan sama tidak diambil terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghadiri satu program yang bersifat politik di Kampung Pandan semalam.
Azmin berkata peguam-peguamnya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (IGP), Ketua Polis Daerah Ampang Jaya dan pegawai polis kanan yang mengarahkan serbuan tersebut yang disifatkan sebagai untuk mengganggu ceramah, menceroboh, menyerang dan penangkapan yang menyalahi undang-undang.
“Kami akan bawa mereka ke mahkamah. Ia bagi memastikan polis juga harus bertindak mengikut undang-undang dan tidak menindas orang ramai,” tambah Surendran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan