HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Mac 2011

Azmin dakwa Umno, BN daftar ‘pengundi hantu’ termasuk keluar MyKad

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa pihaknya telah mengesan usaha Umno-BN mengadakan “pengundi hantu” dengan membawa masuk orang luar Selangor sebagai bakal pemilih menjelang pilihan raya umum ke-13.

Selain itu, usaha tersebut termasuk membawa keluar pengundi-pengundi dari Selangor khususnya mereka yang dianggap sebagai penyokong Pakatan Rakyat.

“Sistem yang dibina oleh Keadilan (PKR) telah mengesan pelbagai bentuk penipuan dan watak pengundi hantu yang menjadi penyokong setia Umno dan SPR.

“Kita akan teliti pengundi yang dibawa keluar dari Selangor dan pengundi yang dibawa masuk ke Selangor,” kata beliau (gambar) ketika menyertai perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Malah menurut beliau, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu dipantau kerana banyak sumber yang sahih melaporkan agensi kerajaan pusat itu mengeluarkan kad-kad pengenalan di luar waktu pejabat dan di lokasi yang mencurigakan untuk pendatang-pendatang asing demi menjamin kelangsungan kuasa politik Umno.

Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat - perikatan DAP, PAS-PKR pada pilihan raya umum Mac 2008.

Sambil mengandaikan persidangan DUN Selangor semasa yang bermula semalam kemungkinan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, “Umno semakin gila.”

“SPR terus menjadi kuda tunggangan. Amalan rasuah secara terang terangan tatkala menjelang pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri tidak mampu dikesan oleh SPRM dan SPR.

“Kenyataan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak bahawa) “you help me, I help you” sewaktu kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu dan DUN Merlimau dilihat sebagai kenyataan yang bertanggungjawab oleh SPR dan tiada elemen rasuah politik,” katanya.

Tambah beliau pengerusi SPR jelas bertindak menghalalkan penyelewengan ini dengan berkata beliau bukan pakar dan meminta diserahkan bukti kepada SPRM.

“Nyata sekali SPR bertindak bagi mewakili kepentingan Umno dan BN bukannya rakyat. Media yang tidak adil, malahan memutarbelitkan kenyataan Pakatan Rakyat dan membakar sentimen perkauman sempit menjadi hidangan harian media milik Umno,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak.

14 ulasan:

madd berkata...

jika dakwaan ini benar, tunjukkan saja bukti, jika tiada bukti itu hanya sekadar khabar angin saja.

Unknown berkata...

Jika betul serakkan bukti kepada SPRM. Tak payah buat public statement. Jangan nak main gertak je.

Sanih Alias berkata...

Dari dulu cakap ada bukti. Tapi mana bukti yang dikatakan. Kita tidak mahu hanya cakap kosong saja.

Unknown berkata...

Investigate this matter. We don't want this kind of things happen.

Unknown berkata...

Whoever, might be the person, the punishment will run into her/him.

zam berkata...

pekara ini hanyalah sekadar cerita kosong selagi belum dibuktikan benar.

Tanpa Nama berkata...

kalau benar sepertimana yang dikatakan oleh Azmin, beliau sepatutnya sudah mendedahkan siapa ahli umno itu. kenapa perlu tunggu?? tunggu sehingga kad pengenalan ini diberikan kepada warga asing? pasti isu ini senyap selepas ini kerana semua ini hanya gimik politik. salah satu sebab kenapa PKR boleh bertahan sehingga ke hari ini ialah gimik politik seperti diatas.

Paquin berkata...

Whatever lah.. Banyak betul dakwaan yang timbul namun sukar ditentukan sejauh manakah kebenaran hal ini.

Paquin berkata...

Apapun, saya yakin rakyat cukup bijak membuat penilaian dalam hal sebegini.

Jason berkata...

Don't expect people to believe you when there is no prove shown.

Jason berkata...

But whatever it is, I hope Azmin statement is not true.

tombolo berkata...

benarkah dakwaan ini, tunjukkan bukti jika benar.

Mohd Ishak berkata...

Kalau ada bukti, hantar pergi SPRM.

Kris Jr berkata...

Talk too much was useless.