HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Mac 2011

Video Dalam Kotor Ada Rahmatnya

MSO

SESETENGAH orang UBN tidak sependapat mengenai isu video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim. Ada yang keliru dan tidak setuju dengan pendedahan isu berkenaan. Mereka keliru bukan meragui apa yang berlaku, penglibatan Anwar, tetapi sejauh manakah kesan kepada motif pendedahan mengenai video itu bila ia dilakukan.

Mereka tidak mempertikikan apa yang mungkin berlaku kerana mereka diajar demikian, menerima benar apa yang dihidangkan kerana itu strategi ...tetapi mempertikaikan apakah pendedahan perkara itu tidak memberi kesan buruk kepada UBN.

Sehingga ini tiga orang penting Umno termasuk seorang setiausaha politik menteri, seorang bekas setiausaha politik perdana menteri dan seorang ketua bahagian menghubungi saya untuk bertanya pandangan saya mengenai hal itu.

Mulanya mereka bertanya apakah saya percaya atau tidak dengan isi kandungan video berkenaan. Bila mereka bertanya hal demikian bermakna mereka sendiri meraguinya, atau mahu menguji apakah orang awam (penulis bebas) seperti saya menyakininya. Kalau mereka yakin mereka tidak perlu merujuk kepada mana-mana sumber dan pendapat lain lagi.

Secara jujur saya katakan saya tidak boleh mengiya dan menindakkan kerana tidak melihatnya dengan mata dan menilai dengan kewarasan otak sendiri. Atas sifat apa yang berlaku ke atas mahkluk ini semuanya mustahil, maka ia tidak mustahil. Saya juga tidak akan mudah mengatakan tidak kalau ada bertanya atau mempersoalkan bahawa Rosmah Mansor juga ada penglibatan dalam video seperti itu. Atau Rahim Tamby Chik juga ada versi video birunya sendiri. Mana tahu? Sebab benda begitu ianya terlalu personal.

Begitu juga kalau ada bertanya atau memberi tahu bahawa ada menteri tertentu terlibat dalam melindungi penjenayah yang melibatkan anaknya sendiri saya tidak dapat menafikan kerana ia tidak mustahil dari berlaku. Seorang menteri hatta menteri agama sekali pun tidak terlindung dari segala maksiat dan jenayah kerana mereka bukan maksum. Misalnya bekas orang besar di institusi agama di negara ini pernah digossipkan mempunyai anak haram semasa menuntut di Mesir. Di Mesir, bukan China?

Bila saya menjawab secara subjektif setiausaha politik menteri itu kelihatan resah dan cemas. Beliau lalu memberi pandangannya tentang itu. "Pada saya pendedahan video berkenaan memberi kesan buruk kepada UBN. Rakyat tidak percaya," demikian katanya. Apakah dia sudah membuat tinjauan segera atau sebaliknya tetapi itulah jawaban dan rumusannya.

"Kenapa mereka buat begitu sheikh?" tanya beliau tanpa saya menjawab. Ternyata dia bimbang dengan isu video berkenaan. Dia kemudian menghitung sendiri apakah mereka sengaja nak burukkan Datuk Seri Najib?" Saya juga tidak menjawab dan menghurainya. Tetapi persoalan itu pada saya tidak masuk akal.

"Kenapa you fikir begitu?" soal saya tidak dapat mendengar begitu saja kebimbangannya. Dalam Umno kini pun ada pergolakan senyap yang orang tidak tahu. Saya rasa you sudah dapat menghidunya. Entahlah saya rasa pendedahan itu ada sedikit sebanyak dengan perkembangan yang berlaku dalam Umno," katanya selepas itu menguci kejap apa yang diketahuinya.

Manakala bekas setiausaha politik perdana menteri pula, tidak setuju dengan pendedahaan itu. Beliau sendiri sudah muak dan jemu dengan cerita-cerita atau isu politik yang tidak bermoral. Bagginya tidak sepatutnya isu itu didedahkan kerana ia mencalitkan dosa dan noda kepada Umno.

"Benar kita bermain politik dan isu adalah modalnya, tetapi kita perlu jaga soal-soal moral dan maruah. Tuhan marah kalau kita mengaibkan orang, apa lagi kalau sudah keterlaluan," katanya.

"Apakah Umno rasa dia boleh makan dengan isu itu?" soal beliau lagi. Kepadanya pendedahan itu tidak memberi untung pun kepada Umno kerana orang tahu siapa yang mendedahkan isu berkenaan.

Beliau lalu memberi anologi orang yang mendedahkan isu berkenaan samalah dengan sang pencuri yang hendak menangkap pencuri. Mana boleh pencuri nak tangkap pencuri, katanya. Orang tidak percaya, kerana pencuri juga jahat, khianat dan tidak ada moral. Beliau tidak menyebut si pencuri itu lebih jahat dari orang yang dituduh sebagai pencuri. "Dunia semua tahu," katanya.

Justeru itu walaupun seribu kalau apa yang ada dalam video itu benar orang akan tolak. Orang akan kata yang mendedahnya lebih jahat dan lebih celaka. Beliau mempunyai agenda tersendiri kerana dia juga ada dalam video berkenaan.

Ulas beliau lagi apa yang sepatutnya, pencuri bukan saja tidak boleh tangkap pencuri tetapi ia juga tidak boleh bertindak menjadi penyiasat, pendakwa dan hakim. Dia hanya layak jadi tukang lapor atau barua saja. Wah... saya bingung dan harain dengan bekas setiausaha ini. Kok kenapa?

Sementara ketua bahagian yang menghubungi saya pula berpendapat isu video berkenaan telah menguntungkan Anwar dan pembangkang. Hakikat ini katanya boleh dilihat selepas ianya didedahkan simpati orang ramai kepada Anwar bertambah. Majlis-majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat mendapat sambutan mendadak.

Paling baru majlis di solat hajat di Shah Alam. Katanya biarlah atas orang kata dengan majlis itu, tipu, minafik dan sebagainya tetapi ia isu video telah memberi keuntungan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Video itu telah merangsang sesetengan penyokong PR yang ralik dan hanyut sebelum bangkit kembali. Perasaan marah mereka ke atas perkara itu membuatkan mereka ringan kaki untuk turun ke event yang diadakan PR.

Jadi apakah untung dan ruginya dengan pendedahan itu. Kalau ia hendak membunuh kerier Anwar, kariernya tetap tidak terbunuh. Kalau nak memalukan Anwar, Anwar telah dimalukan lebih daripada itu sebelum ini.

Jadi apa? Jawabanya video berkenaan tidak banyak membantu Umno melainkan rakyat yang atas pagar mengira Umno sudah kehabisan modal dan usaha untuk menghancurkan Anwar. Makanya bagi mereka Anwar kena dibela kerana dia tidak akan mati. Anwar kini semakin mendapat simpati dari mereka yang sebelum ini tidak pernah pun menyebut dan mempedulikannya

Tiada ulasan: