HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Mac 2011

CFM: Isu Al-Kitab antara kekangan atas penganut Kristian

MALAYSIA KINI

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menganggap cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meletakkan nombor siri dan cop KDN pada Kitab Injil berbahasa Melayu, sebagai mengabaikan isu-isu substantif yang berkaitan dengannya.


Menurut CFM, kontroversi membabitkan kitab Injil dalam bahasa Melayu adalah satu daripada banyak isu yang membimbangkan penganut Kristian, yang menurutnya berpunca daripada pengurangan secara "sistematik dan progresif" keupayaan komuniti itu "untuk “mengamalkan, menganut dan menzahir kepercayaan mereka”.

azlanIa ekoran daripada sekatan untuk memakai dan mempamerkan salib dan simbol keagamaan lain, penggunaan perkataan berkaitan agama dan pembinaan tempat ibadat penganut Kristian, kata CFM dalam satu kenyataan yang ditandatangani pengerusi, Bishop Ng Moon Hing.

Menurutnya, sepatutnya tidak ada apa juga sekatan atau larangan terhadap Kitab Injil atau penggunaan bahasa pilihan dalam mengamalkan agama Kristian.

Penganut Kristian, tambahnya, seperti rakyat Malaysia yang lain, tidak menuntut sesuatu lebih daripada hak perlembagaan mereka dan hak asasi manusia yang diperuntukkan dalam Perkara 11(1) perlembagaan persekutuan dan Perkara 18 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.

Katanya, apabila penganut Kristian menyuarakan kebimbangan tersebut, ia berbuat demikian bukan sahaja untuk komuniti berkenaan sahaja tetapi juga bagi pihak semua rakyat Malaysia.

“Kepercayaan kami membentuk satu komponen penting identiti kami sebagai rakyat Malaysia dalam pembangunan bangsa seperti yang terkandung dalam tunggak pertama Rukunegara negara kita: Kepercayaan kepada Tuhan.”

Ramai penganut Kristian yang membantah apabila Kitab Injil dalam bahasa Malaysia telah diletakkan nombor siri dan dicop “Untuk penganut agama Kristian sahaja” oleh KDN tanpa berunding atau dengan kebenaran pengimportnya, Bible Societ of Malaysia.

Tiada ulasan: