HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Mac 2011

Kemelut kuil isu 'kepala lembu' dijangka berakhir


Hazlan Zakaria

Selepas menghadapi pelbagai rintangan, akhirnya kuil hampir seabad, Sri Mariamman yang pernah terletak di Seksyen 19, Shah Alam, akan dipindahkan ke lokasi baru.

xavier jayakumar pc 190110 02ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata pembinaan kuil itu akan bermula selepas persetujuan mengenai kos dicapai antara wakil rakyat kawasanberkenaan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan jawatankuasa kuil.

Pemindahan kuil itu, termasuk mengeluarkan berhala, ukiran dan peralatan sembahyang yang lain ke kawasan baru di zon industri, Seksyen 23 yang jauh daripada kawasan perumahan dijangka mengambil masa dua bulan.

Jayakumar berkata mengikut persetujuan asal, PKNS bertanggungjawab menyediakan jalan masuk ke tapak kuil itu.

Tapak baru itu dipilih secara berhati-hati apabila keputusan pemindahan dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 pada September 2009 lalu dibantah penduduk yang majoritinya beragama Islam.

seri maha mariamman temple replacement land pronouncement 210910 01Isu itu menimbulkan kontroversi dengan penduduk sekitar membuat bantahan sambil berarak membawa kepala lembu.

Susulan itu kerajaan negeri memutuskan menempatkan kuil itu berhampiran kawasan perindustrian di seksyen yang sama

Sementara itu, ketika menjawab soalan daripada ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di Shah Alam, Jayakumar berkata kerajaan negeri telah meluluskan 128 hektar tanah bagi pembinaan rumah ibadat bukan Islam di seluruh negeri sejak 2008 hingga sekarang.

NONEBeliau yang juga exco kesihatan, pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin,berkata, kelulusan itu diberi menerusi 90 permohonan yang diterima kerajaan negeri.

Menurutnya, daripada jumlah itu 114 hektar adalah untuk membina tokong, 7.6737 hektar untuk kuil, 4.7402 hektar untuk gereja dan 0.7495 hektar bagi gudwara," katanya.


Tiada ulasan: