BERNAMA
KUALA LUMPUR— Polis kini dalam proses membuat pengesahan pakar berhubung bahan bukti yang diperoleh berkaitan kes video seks yang didakwa melibatkan individu mirip seorang pemimpin parti politik.
Setiausaha Polis Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata pasukan siasatan khas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan berhubung video itu.
“PDRM berharap agar semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada pihak polis untuk melaksanakan siasatan.
“PDRM juga berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan