Oleh: SURIATI MAHMUD PROGRAM ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ yang dihos dan dipopularkan oleh Maria Tunku Sabri semakin kurang popular namun budaya ini diadaptasi oleh ramai Pegawai Daerah dan Ketua Jabatan Kerajaan yang gemar melancong ke luar negara melalui ‘Program Jalan-Jalan Curi Makan’ yang mereka anjurkan sendiri. Paling ketara mereka mendedahkan ‘feel’ buruk mereka di dalam Facebook yang boleh ditonton oleh masyarakat tetapi malangnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terpalit dengan Skandal Lembu, Kereta dan Teoh Beng Hock tidak memanfaatkan maklumat berkenaan untuk mencegah rasuah. Maka timbulkan desas-desus kontraktor yang mengadu kononnya mereka terpaksa menyediakan pakej pelancongan dan wang kocek kepada Pegawai Daerah sebagai imbalan daripada projek pembangunan yang mereka perolehi. Seorang kontraktor yang meminta namanya dirahsiakan, memberitahu beliau terpaksa bersetuju memberikan ‘Ang Pau’ 10 peratus daripada nilai projek kepada Pegawai Daerah bagi kerja membina Gerai Tamu yang bernilai RM280,000. Namun beliau tidak tahan kerana selain 10 peratus daripada nilai kontrak, Pegawai Daerah tersebut turut meminta pendahuluan 5 % bagi kontrak baru yang belum dilaksanakan sehingga modal asas beliau berkurang dan menyebabkan beliau gagal menyiapkan beberapa projek dan terpaksa diserahkan kepada Sub-Kontraktor. “Saya tidak bernasib baik kerana setelah menyerahkan 5 % daripada nilai kontrak, dia keluarkan work order kepada kontraktor lain yang menawarkan komisyen yang lebih tinggi,” ujar Kontraktor X yang bukan sahaja terpaksa meminjam daripada Ah Long untuk membolehkan Pegawai Daerah berkenaan ‘Jalan-Jalan Curi Makan’; malah terpaksa bersembunyi kerana dicari Ah Long disebabkan gagal membayar pinjaman yang diambil kerana projek berkenaan diberikan kepada orang lain. Kontraktor X bagaimanapun belum bercadang untuk membuat laporan terhadap SPRM kerana bimbang projek saudaranya diganggu Pegawai Daerah tersebut. “Sepupu saya (Puteri UMNO) sudah bayar RM30,000 kepada Pegawai Daerah untuk buat projek bernilai RM300,000 tetapi Pegawai Daerah tersebut masih minta itu dan ini atau pinjam kerana kekurangan wang. Jadi kalau saya lapor sekarang, dia tidak mau sign surat tuntutan, kesianlah sepupu saya,” ujar Kontraktor X yang bingung dengan senario tersebut. Bagaimanapun, Kontraktor X akan tampil membuat laporan SPRM setelah projek sepupunya dibayar. Semakan Sabahkini.net mendapati ramai Pegawai Daerah yang mempunyai Facebook dan menjadikan laman sosial berkenaan untuk menayangkan aktiviti ‘sial’ mereka di luar negara setelah merompak kontraktor atau pembekal. Ramai Pegawai Daerah terutama Pegawai Daerah Lahad Datu dan Kunak, tanpa segan silu memasukkan gambar mereka melancong ke luar negara dalam Facebook mereka sehingga rakyat bawahan bertanya daripada mana mereka mendapat begitu banyak wang untuk memenuhi hobi mereka melancong bersama keluarga ke Hong Kong, London, Jakarta, China dan sebagainya; sedangkan gaji Pegawai Daerah lebih rendah daripada penjual goreng pisang di Pasar Malam! Alangkah baiknya jika mereka mempelawa Pegawai SPRM melancong bersama mereka bagi membuat persediaan awal sebagaimana amalan yang dilakukan oleh para pencuri kayu balak dan kuari selama ini |
HALAMAN SANTAI
Selasa, 29 Mac 2011
DO JALAN-JALAN ‘CURI’ MAKAN?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Apakah Anda berpikir untuk mendapatkan bantuan keuangan, Apakah Anda serius membutuhkan pinjaman mendesak, Apakah Anda berpikir untuk memulai bisnis Anda sendiri, Anda berada di utang, ini adalah kesempatan Anda untuk mencapai keinginan Anda karena kami memberikan pinjaman pribadi, pinjaman bisnis, dan perusahaan pinjaman, dan semua jenis pinjaman pada tingkat bunga 2%, kami menjamin semua klien berharga kami bahwa mereka akan mendapatkan semua pinjaman masing-masing dan menjadi tahun baru dengan senyum di wajah mereka.
Untuk informasi lebih lanjut silahkan hubungi kami sekarang melalui email {} gloryloanfirm@gmail.com
Informasi Peminjam:
Nama Lengkap: _______________
Negara: __________________
Sex: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman Dibutuhkan: _______
Durasi Pinjaman: ____________
Tujuan pinjaman: _____________
Nomor Ponsel: ________
gloryloanfirm@gmail.com
Ibu Glory
Catat Ulasan