HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Mac 2011

Sekatan Polis : Anwar Dapat Petunjuk Awal

TVS NEWS


SARAWAK : Polis Sarawak semalam memberi petunjuk awal kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersedia menghadapi tekanan menjelang pilihanraya negeri itu bulan depan.

Sebuah majlis di Padungan Kuching, malam tadi terpaksa dialih ke kedai kopi apabila polis melarang Anwar daripada berucap kerana majlis itu tidak mempunyai permit.

Kira-kira 500 penduduk tempatan yang setia menunggu Anwar selama lebih sejam mula melaungkan rasa tidak puas hati kepada pihak polis yang membuat halangan terhadap Ketua Pembangkang itu

Setelah berunding dengan Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kok Khiong, barulah Anwar dibenarkan berucap selama kira-kira 15 minit sahaja.

Perkara sama berlaku di Tupong di mana trak serta puluhan anggota polis menunggu kedatangan Anwar di Bilik Gerakan Utama Dewan Undangan Negeri N6 itu.

Sekali lagi Anwar terpaksa berkompromi dengan pegawai polis agar dibenarkan berucap selama 15 minit juga.

Ucapan bersemangat beliau menguatkan lagi sokongan lebih 300 rakyat di kawasan tersebut untuk mendengar amanat ringkas pemimpin mereka walaupun di beri amaran oleh pihak polis agar beredar.

Tiada ulasan: