SEDIH….Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan, sayang engkau tak turut bersamaku kawan. Banyak cerita yang mestinya kau saksikan, ditanah basah berlumpuran. Oleh: MEDIA PKR TENOM
PROGRAM menemui rakyat di kampung Mosolog Tipoh di DUN Melalap telah dikunjungi oleh Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman beliau telah melihat sendiri betapa daifnya seorang penduduk bernama Jumpoh@ Abd.Rashid.
Jumpoh tinggal di gubuk buruk berkenaan tanpa tiada diambil keperdulian oleh Wakil Rakyat BN yang selama ini beliau hidup menderita tinggal di gubuk buruk walaupun sudah 10 tahun beliau memohon rumah PPRT, tapi tidak ada seorang pun dari UMNO atau BN yang mahu membantu keluarga yang serba miskin ini.
NOSTALGIA….Di gubuk buruk ini penuh nostalgia, cerita si miskin papakedana.
"Orang yang rapat dengan YB (BN) atau Ketua-Ketua UMNO sahaja kebanyakan yang dapat rumah PPRT, padahal mereka kebanyakan keluarga YB mempunyai pendapatan yang lumayan kalau banding dengan kami yang mengharapkan bantuan Kerajaan BN," jelas Jumpoh merintih.
Halik memberitahu media, "Selain dari keperluan rakyat tempat tinggal di rumah PPRT, Kerajaan juga abaikan jalan jalan kampung yang tidak terurus dengan cekap oleh Kerajaan BN."
DERITA…Luahan hati dari seorang ahli UMNO diceritakan oleh penderita, mohon rumah PPRT tidak diendahkan, 10 tahun berlalu masa.
Bidas Halik lagi, Kerajaan kita kaya dengan hasil minyak tetapi rakyatnya masih hidup dalam tahap kemiskinan tegar. PM Najib membuat satu cogan kata ‘Rakyat didahulukan’ inikah bentuk rakyat didahulukan? Sedang rakyat yang kaya dengan hasil minyak masih lagi tinggal di gubuk-gubuk buruk?
"Jika Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah Malaysia dalam PRU13 nanti, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan tidak ada lagi rakyat Malaysia yang bergelar ‘miskin tegar’.
Kata Halik lagi, "Kita akan gunakan wang Kerajaan untuk membangun rakyatnya, segala hasil mahsul Negara setiap sen adalah hak rakyat dan rakyat perlu memilikinya."
"Kerajaan Pakatan Rakyat akan membantu rakyat untuk memberikan tanah bagi tanaman kelapa sawit, kita akan buat turnkey projek untuk meneroka hutan rimba negeri ini. Hasil dari kayu balak kita boleh jadikan modal untuk biayai tanaman kelapa sawit. Dalam tempoh 2 tahun rakyat akan dapat menikmati hasilnya tanpa hutang piutang," Halik jelaskan dengan penuh keazaman.


17 ulasan:
nampaknya masih ada penduduk yang tinggal di gubuk buruk. penduduk2 ini perlu dibantu.
Based on my reading that the RM18 billion allocation provided by the government to implement NKRA programmes nationwide.
harap rakyat yang memerlukan bantuan dapat dibantu bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik.
The low cost housing should be allocated to those who are really poor.
Harap pemimpin BN dikawasan berkenaan akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Sudah 10tahun memohon PPRT sehingga sekarang masih belum ada cerita??Kemana pemimpin dikawasan tersebut. Masalah rakyat perlu ditangani bukannya buat tidak endah saja. Kerana rakyatlah pemimpin berjaya dan kerana rakyat jugalah pemimpin jatuh. Jadi fikirlah itu.
Bilakah rakyat akan dapat apa yang mereka mahukan? Jika pemimpin tidak memperdulikan mereka walaupun dalam kesusahan. Penduduk memerlukan pemimpin yang benar-benar dapat membantu mereka. Maka pemimpin yang sedia terpilih haruslah melakukan yang terbaik untuk penduduk. bantulah penduduk yang memerlukannya.
ketika dalam usaha mendapatkan kuasa, senang lah janji itu ini, rajin turun padang... tapi bila sudah ada kuasa, mulalah buat bermacam2 alasan dan aktiviti turun padang pun semakin kurang.
apa jaminan Pakatan Rakyat dapat membantu rakyat Sabah sedangkan pentadbiran Pakatan di empat buah negeri di semenanjung masih berlaku penindasan terhadap rakyat??
PPRT harus diberikan kepada penduduk berkenaan yang layak dan memerlukan.
pemimpin komuniti dan wakil rakyat di kawasan tersebut harus lebih peka dan rajin bertemu dengan penduduk setempat untuk mengetahui dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
rakyat tidak harus cepat terpengaruh dengan janji2 pembangkan yang indah dari rupa..percaya bahawa kerajaan akan menyelesaikan masalah rakyat.
pihak berkenaan harus segera menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk tersebut.
wakil rakyat di kawasan tersebut jangan ingat perut sendiri sahaja..wang yang diperuntukkan adalah untuk rakyat.
Action first, talk later.
10 tahun bukan tempoh masa yang sekejap, seoarang anak sudah masuk darjah 3. Kita kekurangan tenaga kerjakah untuk mengurus pentadbiran? Kalau ya, mungkin boleh terus mengatasi masalah pengangguran.
Berlumba-lumbalah para politik luar sana siapa dahulu kotakan janji2. Jangan tinggal janji manis saja..
Catat Ulasan