HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Mac 2011

Import Alat Ganti Terpakai Diharamkan 1 Jun 2011

Staff Berita Semasa

alat ganti diharamkan Import Alat Ganti Terpakai Diharamkan 1 Jun 2011

Kerajaan telah mengumumkan bahawa pengimportan alat ganti terpakai akan diharamkan mulai 1 Jun 2011 secara berperingkat-peringkat bagi melindungi industri tempatan dan memelihara keselamatan pemandu. Berikut di bawah adalah kenyataan akhbar mengenainya.

KUALA LUMPUR 23 Mac – Kerajaan akan mengharamkan pengimportan barangan alat ganti dan komponen kereta terpakai secara berperingkat-peringkat mulai 1 Jun depan bagi melindungi industri tempatan dan memelihara keselamatan pemandu
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Rebecca Fatima Sta Maria berkata, bagi fasa pertama, empat alat ganti dan komponen import yang dikategorikan paling kritikal menjejaskan industri akan diharamkan.

Katanya, keempat-empat komponen itu adalah pencengkam brek, penggalas brek, tayar dan bateri.

Menurut beliau, pengharaman itu dilaksanakan setelah mengambil kira pandangan industri dan para pengusaha bengkel tempatan.
”Pengharaman ini bagi memastikan kualiti barangan alat ganti dan komponen berada dalam piawaian yang ditetapkan.

”Fasa kedua pengharaman alat ganti dan komponen terpakai itu dalam proses perbincangan dan akan dimaklumkan kemudian,” kata beliau selepas menghadiri mesyuarat bersama pemain industri automotif di sini, hari ini. Turut hadir pada majlis ialah Presiden Gabungan Persatuan Peniaga Alat Ganti Kejuruteraan dan Kenderaan Malaysia (FEMPTAM), Lim Wei Fook.

Kerajaan pada 28 Oktober 2009 lalu memutuskan pengharaman pengimportan alat ganti dan komponen terpakai secara berperingkat-peringkat melalui penilaian semula Dasar Automotif Kebangsaan (NAP).

Keputusan itu bertujuan memastikan keselamatan jalan raya terjamin selain melindungi pengeluar alat ganti dan komponen terpakai.

Perangkaan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada tahun lalu mendapati sebanyak 15 juta kenderaan berada di jalan raya di negara ini melebihi usia 10 tahun.

Ketika ditanya kemungkinan pengharaman itu akan menjejaskan industri pengeluar alat ganti kereta tempatan, Rebecca menjawab, perkara itu tidak berlaku tetapi sebaliknya akan meningkatkan pengeluaran tempatan.

Beliau menambah, jangka hayat minimum alat ganti tempatan antara lima hingga 10 tahun.

Sementara itu, Wei Fook ketika memberikan pandangannya berkata, lebih 5,000 pengendali bengkel di negara ini dijangka terjejas sedikit dalam perniagaan masing-masing berikutan pengharaman itu.

Katanya, pendapatan tahunan kesemua pengendali itu kira-kira RM12 bilion setahun dan ia merupakan penjana pertumbuhan ekonomi yang sangat besar kepada negara.

”Ia akan memberi impak besar kepada ekonomi negara berikutan pengguna pada waktu ini banyak bergantung kepada alat ganti dan komponen terpakai import yang ternyata 10 kali ganda lebih murah berbanding yang baru,” ujarnya.

Secara jelas dalam kenyataan akhbar, 4 komponen alat ganti terpakai yang akan mula diharamkan pengimpotannya adalah, pencengkam brek, penggalas brek, tayar dan bateri.Untuk tiga komponen tersebut, kami memang bersetuju namun untuk pencengkam brek, rasanya kami agak kurang bersetuju dalam perkara ini.

Rata-ratanya pemilik kereta di Malaysia mempunyai kereta yang berusia 10 tahun ke atas, dan untuk mendapatkan alat ganti baru yang sesuai dan mempunyai harga yang berpatutan, sememangnya ia agak sukar.Lebih-lebih lagi jikalau kenderaan yang berusia 20 tahun keatas? Mana nak cari yang baru?

Kerajaan meneruskan dasar tanpa melibatkan pandangan orang ramai dalam situasi ini. Hanya menurut pandangan dari pemilik bengkel tempatan.Adakah relevan keputusan tersebut sekiranya hanya mengambil kira pandangan pengusaha bengkel dan industri, yang sudah tentunya orang “business” tanpa melibatkan penggunanya sendiri?

Disini, kami ingin bertanya, dimana kajian yang dibuat yang mengatakan bahawa komponen alat ganti terpakai membahayakan pemandu.Berapa peratuskah darinya yang menyebabkan kemalangan?Di mana bukti pandangan dan adakah ianya didokumenkan? Adakah ianya benar-benar mengambil pandangan industri dan keselamatan pemandu atau pandangan kroni?

Adakah ianya adil untuk pemilik kereta-kereta lama? Apakah pandangan anda mengenai pengharaman ini?

Tiada ulasan: