HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Mac 2011

‘Indah khabar dari rupa’

Skim Bantuan Orang Tua yang dilancarkan BN hanya bertujuan untuk memancing undi.

KOTA KINABALU: Skim Bantuan Orang Tua berjumlah RM300 sebulan yang dilancarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini hanya ‘indah khabar dari rupa’ kerana bertujuan untuk memancing undi di kalangan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Setiausaha Agung Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Richard Yong berkata, menurut peraturannya, skim ini akan diagihkan kepada semua warga emas tanpa pilih kasih, dan dikhaskan untuk semua kaum di Sabah samada lelaki atau wanita.

“Sedihnya sejak skim bantuan ini dilancarkan, macam-macam kisah yang tidak menyenangkan berlaku. Ramai warga tua di seluruh Sabah termasuk yang tinggal di luar bandar mendaftar untuk mendapatkan bantuan tersebut.

“Dari hari pendaftaran, ada daripada orang tua berkenaan yang sudah agak uzur dan sukar untuk berjalan, namun mereka diminta datang ke pejabat kebajikan untuk di temu duga beberapa kali.

“Setelah selesai, mereka terpaksa menunggu, menunggu dan menunggu….. dan ada di antara mereka yang sudah terlalu tua dan uzur namun kelulusan tidak juga diberi dan disampaikan kepada mereka,” kata Richard.

Katanya, apabila pemohon-pemohon datang untuk menyusuli permohonan bagi bantuan tersebut, pegawai kebajikan akan bertanya “pak cik sudah buka akaun bank?”

Pemohon-pemohon terpaksa bersusah payah pergi ke bank untuk membuka akaun simpanan, dan menunggu berbulan-bulan lagi untuk mendapat keputusan dari jabatan kebajikan.

Pulang dengan perasaan hampa

“Bila tanya pegawai kebajikan, dia suruh mereka pergi ke bank. Bila sampai di bank mereka dapati wang bantuan masih belum dimasukkan ke akaun simpanan mereka. Warga-warga emas ini pulang dengan perasaan hampa,” tambah Richard selepas menemui beberapa warga emas di Kampung Sembulan Tengah yang terletak di bandaraya Kota Kinabalu.

Katanya, warga emas berkenaan mengadu rasa tidak puas hati dan terkilan dengan cara Jabatan Kebajikan mengendalikan skim Bantuan Orang Tua.

Richard, yang juga Ketua CLC SAPP Sembulan, berkata salah seorang dari warga emas berkenaan ialah Encik Chai Kui Siew mengadu bahawa sejak namanya didaftarkan awal tahun 2010, hanya sekali beliau menerima bantuan tersebut.

Chai berkata sudah beberapa kali beliau dipanggil ke pejabat kebajikan untuk ditemu duga, tetapi keputusannya hampa belaka.

Encik Mohd. Samsul @ Chong Enn Song mengadu bahawa beliau hanya menerima tiga pembayaran sejak permohonannya diluluskan dalam tahun 2010.

“Itu pun bayaran berselang-selang bulan. Sampai ke hari ini tiada lagi bayaran saya terima. Saya sudah berulang-alik ke bank namun wang belum dimasukkan ….. masa dan tenaga tua kami disia-siakan,” katanya.

Puan Pipah bte Duha melahirkan rasa tidak puas hati terhadap karenah pegawai-pegawai kebajikan yang “bikin bodoh sama kami yang sudah tua.”

Richard mendakwa bahawa pada keseluruhannya Skim Bantuan Orang Tua yang diagungkan-agungkan ini hanyalah merupakan satu usaha kerajaan BN untuk mamancing undi dari golongan warga emas saja.

Katanya, usaha ini adalah ‘indah khabar dari rupa’ dan dilaksanakan tanpa keikhlasan dan tanpa kecekapan sepertimana yang diharapkan. Skim ini bukan memberi manfaat dan keselesaan kepada warga emas malah ianya mengakibatkan kesusahan dan bebanan fizikal dan mental.

“Skim bantuan ini digunakan sebagai propaganda politik BN kerana setiap permohonan mestilah dengan sokongan atau rekomendasi daripada wakil-wakil rakyat BN sahaja dan tidak akan dilayan jika mendapat sokongan daripada YB parti-parti pembangkang,” tambah Richard.

16 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Diharapkan bantuan ini akan disampaikan kepada warga emas.

tombolo berkata...

pemberian bantuan kenalah diuruskan dgn baik.

Jason berkata...

I hope the government would pay up those senior citizen as promised.

Jason berkata...

The welfare officer should not treat the senior citizen the way they did. They should show some compassionate!

Tanpa Nama berkata...

harap bantuan ini dapat diuruskan dengan lebih baik lagi agar dapat memudahkan penerima bantuan yang merupakan warga emas.

Tanpa Nama berkata...

skim bantuan ini adalah baik untuk membantu golongan warga emas. semoga ia dapat diuruskan dengan lebih lancar lagi.

evan medhousky berkata...

kerajaan telah membelanjakan RM1.2 bilion untuk pelbagai program menolong orang miskin termasuk miskin tegar dan masyarakat berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal dan OKU. peruntukan itu adalah satu jumlah yang amat besar namun kadang2 ada puak yang tidak menghargai apabila diberi bantuan sebegitu besar. antaranya adalah SAPP. tapi tidak ada pula sumbangan SAPP kepada rakyat. kalau benar SAPP perihatin, kenapa tidak selesaikan masalah ini secara terus dengan pegawai kebajikan? kenapa perlu kaitkan undi dan politik? nampak sangat SAPP sekadar mahu meraih undi tanpa melakukan apa2 selain menggunakan kesempatan dalam kesempitan.

evan medhousky berkata...

apa2pun, masalah yang dihadapi oleh warga emas ini perlu disiasat. bagaimana bantuan sara hidup kerajaan itu tidak sampai kepada sasaran. dan proses permohonan sehingga kepada pembayaran perlu dipermudahkan memandangkan mereka ini adalah golongan tua dan ramai dikalangan mereka yang tinggal jauh dipedalaman.

Unknown berkata...

Bantuan yang diberikan kepada warga emas perlulah dilakukan dengan mudah dan jayanya. Kenapa sekarang bantuan itu terhenti??Tidak ada penjelasan diberikan berhubung kes ini.

Sanih Alias berkata...

Kita tidak tahu apa masalah yang berlaku dengan kerajaan negeri, Mungkin ada masalah dalaman kenapa bantuan ini terhenti sementara.

Jika boleh, pendaftaran bagi bantuan ini dilakukan dengan cara yang mudah untuk warga emas. Memang semua waraga emas mahu mendaftar tapi jika boleh berikan cara yang senag. Tidak perlu menunggu masa lama untuk mendaftar dan pembukaan akaun bank disediakan. Ini bagi memudahkan mereka yang kurang bertenaga.

mandau berkata...

bantuan yang diberikan kepada warga emas perlu diurus dgn teratur agar tidak timbul masalah bantuan lambat atau tidak diterima.

Tanpa Nama berkata...

sebarang bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat haruslah sampai kepada golongan sasaran.

Tanpa Nama berkata...

isu ini tidak harus dipolitikkan kerana akan mengundang kekeliruaan di kalangan rakyat khasnya golongan sasaran.

Nemia berkata...

Never fooled the old folks.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tidak ditegur, tidak akan sedar. Baguslah mereka ditegur, sudah memang salah dan kealpaan mereka juga. Abaikan prinsip politik dalam hal ini. Siapa yang malas dan berdolak dalik memang salah.

Tiada Nama berkata...

Harap2 sumbangan tu akan sampai kepada warga emas.