HALAMAN SANTAI

Rabu, 9 Mac 2011

Kerdau dan Merlimau: Bagaimana jika PAS yang menang?

WARKAH DAILY

WarkahDaily
– Tiada apa yang perlu dirisaukan, Umno hanya mengekalkan kerusinya yang sudah dimenangi sebelum ini. Bahkan, PAS masih lagi utuh dengan undi yang diperolehi dalam keadaan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) memasuki gelanggang berhadapan Umno-BN yang serba lengkap dengan kelengkapan ’perangnya’ (jentera kerajaan dan agensi berkaitan).



Pemimpin BN keriangan menyambut kemenangan calon-calon mereka di Merlimau dan Kerdau.
Umno-BN sepatutnya berasa malu dengan kemenangan dayus yang mereka perolehi kerana pelaburan yang besar (jutaan ringgit) perlu dikeluarkan oleh mereka semata-mata untuk kekal di kerusi berkenaan.

Aku rasa, ada bagus jugak Umno menang di PRK Kerdau dan Merlimau sebabnya, kalau PAS yang menang kat sana, sudah tentu ramalan yang duk kata pilihanraya umum dah bakal menjelma atau dah dekat akan tersasar jauh.

Ya la…sudah pasti Umno dan rakan seangkatan depa akan mula gelabah dan kembali menyusun strategi baru dan mungkin akan memakan masa yang lama sebelum berlakunya pilihanraya umum.

Tapi, sekarang ni, pemimpin Umno-BN sekarang ini dah beranggapan, rakyat dah terima depa kembali. Jadi, depa akan taruh keyakinan tinggi untuk kembali kepada majoriti besar dalam pilihanraya umum.

Bagi depa, inilah masa yang sesuai untuk menguji mood rakyat terhadap kerajaan BN sebelum terjadinya perkara lain yang boleh memesongkan pengundi daripada BN.

Kebanyakan pemimpin BN dah mula yakin dengan rakyat terhadap BN. Jadi, sudah pasti Najib akan senang hati untuk mengumumkan pembubaran parlimen tidak lama lagi.

Yang pasti, tak pelik jika Umno-BN menang di pilihanraya kecil, lebih-lebih lagi calon mereka hanya mengekalkan kemenangan yang depa dapat pada pilihanraya umum (PRU) lepas ditambah lagi dengan bantuan jentera dan agensi kerajaan yang digunakan sepenuhnya untuk memenangkan calon BN. Tidak kira lagi berapa juta pelaburan yang perlu dibelanja BN hanya kerana dua kerusi DUN.

Lihat PRK Ijok tempoh hari, BN memberi tumpuan sepenuhnya termasuk pelaburan janji rasuah jutaan ringgit untuk mengekalkan kemenangan mereka di sana. Tak pelik mereka berjaya, tetapi bagaimana dengan keputusan pilihanraya umum di DUN Ijok? Sudah tentu Umno-BN terpaksa hadkan suapan rasuahnya kerana perlu menumpukan seluruh negara sehingga Ijok terlepas dari kekangan BN.

Satu lagi, kebanyakan kerusi PRK yang dimenangi Umno-BN, hanyalah di kawasan pedalaman (lepas ni Umno adalah parti kampung). Di kawasan bandar, Pakatan Rakyat (PR) masih lagi mendominasi.

Tiada ulasan: