KERDAU : Proses pengiraan undi di Pahang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau bermula sebentar tadi selepas pusat pengundian ditutup tepat jam 5 petang tadi.
Setakat jam 4 petang tadi dilaporkan 81.5 peratus pengundi telah membuang undi masing-masing.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peningkatan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini mungkin didorong oleh faktor pengundi luar yang pulang untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Untuk rekod, jumlah keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008 di kawasan Kerdau ialah 80.3 peratus.
" Secara keseluruhannya, peratusan keluar mengundi agak meningkat. Saya kira lebih daripada 83 peratus. Peningkatan ini mungkin disebabkan oleh pengundi luar, saluran tiga, saluran empat yang terdiri daripada kawasan Felda.
" Kita jangka peratusan tinggi itu sebab pengundi luar, mungkin di kawasan 3 buah Felda itu mempengaruhi peratusan keluar mengundi. Sepanjang pemerhatian saya tadi,peningkatan itu berlaku di kawasan Jengka 23, di kawasan Kerdau dan mungkin di kawasan Felcra. Saya jangka begitulah,"katanya kepada Tv Selangor.
Tambah beliau, faktor itu juga mungkin didorong oleh cuaca baik sepanjang hari, ditambah hari cuti dan semangat pengundi menjalankan tanggungjawab mereka.
HALAMAN SANTAI
Isnin, 7 Mac 2011
Kerdau : Undi Meningkat Faktor Pengundi Luar
TVS NEWS

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan