HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Mac 2011

Minyak Masak Kitar Semula?

Staff Berita Semasa

ne 04.1 Minyak Masak Kitar Semula?

Terkejut kami mendengar berita mengenai minyak masak kita semula yang dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Pandamaran, Klang.Berikut adalah kenyataan akhbar mengenai rampasan tersebut.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya merampas 38,000 kilogram minyak masak yang dikitar semula sebelum dijual kepada pengguna kelmarin.

Operasi yang melibatkan sembilan anggota tersebut dilakukan pada pukul 5.30 petang di sebuah premis memproses dan membungkus minyak masak yang berpangkalan di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang.

Menurut Ketua Operasinya, Md. Hashim Daud, rampasan itu dilakukan hasil siasatan selama dua minggu terhadap premis terbabit dalam operasi yang dinamakan ‘Ops Goreng’ bermula Januari lalu.

“Pemeriksaan mendapati premis terbabit mengitar semula minyak masak terpakai yang diperoleh daripada restoran-restoran dan hotel berdekatan sebelum dicampurkan dengan minyak masak sebenar bagi meraih keuntungan lumayan.

“Rampasan ini adalah antara terbesar pernah dilakukan dan kelmarin sahaja kita menganggarkan hasil rampasan bernilai RM200,000,”-KOSMO

Sungguh kami tidak sangka, sampai minyak masak kitar semula pun dijual balik.Tidak terfikirkah mengenai kesihatan bakal-bakal pengguna yang membelinya? Manusia sekarang memang dah tak ada hati perut. Asal dapat buat untung, dah tak fikir apa nak jadi. Sudahla minyak-minyak tersebut di ambil dari restoren dan hotel-hotel yang dah berkali-kali digunakan untuk masak, lepas tu boleh tipu tambahkan minyak masak sebenar.Manusia oh manusia.

 Minyak Masak Kitar Semula?

Diberitakan bahawa minyak masak jenis “kitar semula” ini adalah minyak masak yang dijual dan dibungkus dalam plastik. Kami tak dapat mengsahihkan kebenaran kenyataan di atas.Mungkin ada yang benar dan ada yang tidak. Kami terfikir, kan bagus kalau setiap rampasan itu, diberitahu juga jenama yang dijual. Dapatlah pengguna mengetahui minyak masak atau jenama apa yang menggunakan minyak masak kitar semula ini.

PG05 100507 MINYAK PAKET Minyak Masak Kitar Semula?

Kita sedia maklum, tidak semua rakyat Malaysia ini mampu beli minyak berjenama.Ada juga rakyat-rakyat di kampung yang hanya mampu beli minyak peket.Dan inilah yang dirisaukan.Apa-apa pun, berhati-hatilah dalam membeli minyak masak selepas ini.Apa pandangan anda mengenai isu ini?

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

This is really unethical.

zam berkata...

perbuatan tersebut adalah tidak bertanggungjawab. tindakan tegas wajar dikenakan.

Jason berkata...

Recycling cooking oil is unhealthy. Make sure action is taken against company that recycle cooking oil.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya kita kena lebih berhati hati semasa membeli minyak masak yang berpaket.

Hinamori berkata...

Minyak kiatr semula tidak selamat diguna & boleh memudaratkn kesihatan

Unknown berkata...

Hanya kerana ini untung lebih sanggup melakukan perkara yang tidak disangka.

nickko berkata...

untuk kebaikan pengguna, belilah minyak masak yang berjenama. pihak KPDNKK juga perlu berusaha mengesan minyak masak kitar semula yang telah berada dipasaran.

Tanpa Nama berkata...

Memang wajar mereka ditangkap!

Tanpa Nama berkata...

Betul, senaraikan terus jenama2 yang berkaitan, kenapa tidak siarkan tersu? Mahu pengguna lebih terdedah?

Hamba Allah berkata...

Minyak yang telah digunakan itu mungkin telah digunakan oleh restoran yang menggoreng makanan yang TIDAK HALAL (seperti BABI & binatang yang tidak di SEMBELIH). Hendaklah kita menjauhi daripada perkara yang SUBHAH demi menjaga KESIHATAN DIRI & AGAMA.