SHAH ALAM : Peningkatan sebanyak 949, 585 jumlah pemilih baru sehingga suku ke empat tahun 2010 menjadikan jumlah keseluruhan layak mengundi 11.9 juta orang di negara ini.
Peningakatan itu yang merangkumi kenaikan mendadak undi pos di beberapa bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di negeri-negeri berpotensi tinggi
dimenangi Pakatan Rakyat menimbulkan keraguan sesetengah pihak dan satu pemantauan teliti harus dipertimbangkan.
Presiden Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh ketika dihubungi Tv Selangor berkata, siasatan harus dilakukan sekiranya ada dakwaan peningkatan jumlah pengundi pos yang naik secara mendadak.
Justeru katanya, setiap dakwaan harus disertakan dengan bukti kukuh agar tidak mudah dipertikai mana-mana pihak.
"Berkenaan dengan undi pos samada benar-benar ada satu kawasan kem atau Ibu Pejabat Polis baru yang menyebabkan peningkatan mendadak. Kalau tidak ada sebab, satu siasatan perlu dibuat dan boleh dipersoal kepada pihak SPR," ujar Syed.
Dalam sidang Dewan Rakyat di parlimen yang bermula semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan antara negeri yang mencatatkan pertambahan tertinggi daftar pemilih termasuk Johor, Perak dan Sarawak yang rata-rata dimonopoli parti Barisan Nasional berdasarkan pilihanraya umum lalu.
Namun menurut Syed, peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggalakkan lebih ramai rakyat daftar mengundi masih kurang efektif selain kesedaran politik yang cetek di kalangan individu.
Katanya, perkara ini menyumbang kepada kecilnya majoriti keluar mengundi berdasarkan perangkaan SPR dalam PRU ke 12 yang lalu.
"Kalau kita mahu memastikan perkara (undi) meningkat untuk penduduk keluar mengundi, saya rasa banyak lagi kempen-kempen pendidikan pengundi dilakukan di
samping memberi ruang luas kepada pengundi untuk memahami tanggungjawab sebagai pengundi dan mewujudkan ruang maklumat seraya meningkatkan kesedaran politik," jelasnya lagi.
Selaku badan pemantau utama pilihanraya di negara ini, Syed berkata Mafrel akan mengiatkan lagi usaha memperincikan kajian daftar pemilih selain menyasarkan
kawasan-kawasan tumpuan pengundi yang menjadi sasaran ketidaktelusan.
"Apa yang kita buat biasanya kajian daftar pemilih dan kemudian mengesahkan tentang perkara yang kritikal contohnya pengundi yang melebihi umur 100 tahun,
alamat pengundi lebih dari satu dan lain-lain. Kemudian kita akan buat pemantauan semasa kempen, hari penamaan calon dan hari mengundi," katanya.
Justeru Syed turut memohon lebih ramai sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai Mafrel untuk menambah tenaga bagi membolehkan ruang lingkup pemantauan lebih luas.
Sehingga kini terdapat seramai 650 hingga 700 ahli sukarelawan yang membantu Mafrel untuk memastikan pilihanraya umum akan datang berlangsung secara demokratik tanpa manipulasi mana-mana pihak.
Pertambahan daftar pemilih dijangka meningkat selepas spekulasi Pilihanraya Umum ke-13 yang diuar-uarkan termasuk Pilihanraya negeri Sarawak ke-10 tidak lama
lagi.
HALAMAN SANTAI
Rabu, 9 Mac 2011
Peningkatan Mendadak Undi Pos Meragukan-Mafrel
TVS NEWS

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan