KUALA LUMPUR : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran menyifatkan tindakan mengheret tiga pelajar tingkatan lima yang mahu memulangkan
novel Interlok dengan menyoal siasat mereka lebih 10 jam adalah salah di sisi undang-undang.
Bercakap kepada Tv Selangor, Surendran yang juga seorang peguam berkata, satu tindakan tegas harus diambil ke atas polis dan guru yang terlibat menyoal siasat pelajar di bawah umur tanpa kehadiran waris mereka.
"Saya perhatikan bahawa mereka juga tidak dibenarkan memanggil ibu bapa dan peguam, begitu juga tindakan menyoal siasat orang bawah umur tanpa kehadiran orang dewasa juga merupakan satu kesalahan dibawah undang-undang,"katanya.
Tambahnya lagi, pelajar berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai kesalahan yang boleh disabitkan kesalahan malah mereka mempunyai hak untuk ditemani orangdewasa semasa mereka disoal siasat.
"Saya minta supaya satu tindakan tegas diambil keatas polis termasuk pihak guru yang terlibat dalam insiden ini,"tambah beliau.
Insiden berlaku apabila tujuh pelajar SMK Kuala Kubu Baru bercadang memulangkan buku teks Interlok mereka kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan kandungannya tetapi dihalang oleh guru disipilin yang kemudian mencaci mereka.
Pelajar yang terlibat turut melaporkan, guru disiplin menuduh mereka sengaja menimbulkan masalah di sekolah itu dan mengeluarkan kata-kata yang menghina mereka.
Selepas pertemuan itu, mereka gagal memulangkan novel berkenaan kerana diarahkan bersurai.
Tindakan mengheret mereka ke balai polis itu dilakukan oleh pengerusi persatuan ibu bapa sekolah berkenaan, Baktiar Md Rashid, yang juga seorang pegawai polis dan disoal siasat tanpa kebenaran ibu bapa mereka.
HALAMAN SANTAI
Rabu, 9 Mac 2011
Soal Siasat Lebih 10 Jam: Guru, Polis Harus Dikenakan Tindakan Tegas
TVS NEWS

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan