HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Mac 2011

Tanah NCR: Orang Asal dibenar cabar k'jaan S'wak

Salhan K Ahmad

Sekumpulan wakil penduduk masyarakat orang Asal Sarawak berhimpun di hadapan Istana Kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan mereka untuk mencabar kuasa kerajaan negeri Sarawak yang didakwa merampas tanah mereka.

Kumpulan berkenaan diketuai oleh ketua rumah panjang Uma Laguieh. Mereka turut membawa sepanduk yang antaranya tertera slogan "hak tanah adat = hak ke atas kehidupan."

Turut hadir ke perhimpunan itu ialah wakil daripada Uma Balui Lebue, Uma Ukit, Uma Lesong, Uma Kulit dan Uma Bakah. Kumpulan dari suku masyarakat Kayan itu berhimpun selama beberapa minit di situ sambil bergambar.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 28 April untuk mendengar hujah dari peguam mereka berhubung permohonan itu.

Hujah berkenaan adalah berhubung Perkara 5(3) dan Perkara 5(4) Kanun Tanah Negeri Sarawak yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi mengambil tanah adat (NCR) masyarakat orang Asal Sarawak itu.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim dalam keputusannya membenarkan permohonan yang dibuat oleh dua puak orang Asal – Bato Bagi dan Jalang Paran.

Kumpulan Orang Asal itu diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan Baru Bian bagi kes yang didengar secara bersama itu.

Kerajaan negeri Sarawak yang dinamakan sebagai responden dalam kes ini pula diwakili Datuk JC Fong dan Marjana Adenan.

Sulaiman dalam hujahnya membangkitkan bahawa peruntukan dalam kanun tanah itu bersifat ultra vires kepada Perkara 5 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hujah berkenaan merupakan elemen penting dalam kes ini kerana hak ke atas tanah NCR itu dianggap sebahagian kepada hak ke atas kehidupan.

Tanah berkenaan kini telah ditenggelamkan oleh limpahan air akibat pembinaan empangan hidroelektrik Bakun.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hope that Sabah local natives are also allowed to fight for their land rights.

tombolo berkata...

semoga hak2 orang asal akan terjaga.

Hamdan Hadillah berkata...

Semoga yang benar akan menang..Kita nantikan saja bila ini akan terlaksana.

Tanpa Nama berkata...

semoga hal ini diadili dengan sebaiknya dan keputusan yang terbaik akan dibuat.

Tanpa Nama berkata...

saya harap dalam setiap kes tuntutan tanah adat yang melibatkan antara penduduk dan kerajaan negeri, keputusannya akan menyebelahi penduduk..

mandau berkata...

biarlah keadilan dpt ditegakkan.

Paquin berkata...

Semoga hak rakyat terus terpelihara. Entah nak salahkan siapa dalam hal ni, namun saya harap semuanya berakhir dengan baik.

Paquin berkata...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah perkembangannya nanti.