KUANTAN : Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menggesa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) supaya lebih prihatin dalam menentukan nasib rakyat Kuantan berhubung pembinaan logi memproses sisa nadir bumi di pusat perindustrian, Gebeng.
Menurut Fuziah, pembinaan kilang memproses nadir bumi yang banyak di China telah mengamalkan peraturan yang longgar berhubung pemprosesan bahan tersebut.
“Sekarang ini, kilang memproses nadir bumi itu jarang dijumpai melainkan di China kerana mengamalkan peraturan yang longgar berhubung pemprosesan nadir bumi.
“Terlalu banyak pakar-pakar daripada seluruh dunia membuktikan bahayanya memproses nadir bumi. Memandangkan kita tidak mempunyai panduan kaedah terbaik memproses bahan kimia.
“MITI perlu menangguhkan selama-lamanya lesen operasi syarikat Lynas. Saya mencadangkan supaya Lynas menubuhkan syarikat pemprosesan nadir bumi di negara asalnya di Mount Weld Australia.
“Lynas harus menyediakan pakar dengan ‘Bukti Konsep’ yang kukuh sebelum kerajaan Malaysia mempertimbangkan tawaran syarikat itu bertapak di Malaysia,” ujar beliau yang juga Naib Presiden PKR.
Sementara itu, beliau mewakili rakyat Kuantan berharap panel yang pakar dipilih oleh rakyat setempat bagi memantau dan tetap meneliti rancangan seterusnya daripada MITI.
Laporan media arus perdana hari ini menyatakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamad mengumumkan penangguhan operasi Syarikat Lynas Corporation selepas dibuat pemantauan dan penelitian oleh panel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan