HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 April 2011

Kenapa Eskay Saja Yang Beri Sampel DNA Kepada Polis?

KELAB GREENBOC

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendedahkan video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis.

Eskay berkata, beliau diminta datang ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu dan juga memberi keterangan tambahan bagi membantu siasatan kes video seks itu.

"Saya secara sukarela sudah memberi sampel DNA kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes video seks," katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Bukit Aman.

Katanya, beliau berada di Bukit Aman dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dan turut ditanya beberapa soalan oleh pihak polis.

Eskay berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memberikan situasi terkini mengenai video itu.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara di sini.

Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lalu apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik , Shazryl Eskay dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengaku terbabit dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Siasatan polis itu bermula selepas Anwar membuat laporan polis dan menafikan dirinya pelaku dalam video seks itu. - BERNAMA


Ulasan GB

Ada tiga orang yang dikaitkan dengan Datuk T. Selain dari Eskay, sepatutnya DNA Rahim Tamby Chik dan Shuaib Lazim juga diambil. Sebab ketiga-tiganya mengaku sebagai trio Datuk T.

Demi menjaga integriti dan kredibilit nama pasukan polis, polis perlu telus dan adil di dalam siasatan ini.

Tiada ulasan: