HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 April 2011

Video Seks : Malaysia Sudah Hilang Nilai Peradaban

Ditulis oleh Salmiah Drahsin



ALOR SETAR :Malaysia kehilangan nilai-nilai peradaban apabila video lucah dipergunakan sebagai fitnah untuk menjatuhkan pemimpin politik, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau menegaskan perbuatan Datuk Shazryl Eskay, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim menayangkan video berkenaan kepada wartawan pada 21 Mac lalu
bertentangan dengan lunas agama.

Apatah lagi membuat tuduhan bahawa pelaku dalam klip video berkenaan adalah Anwar.

" Bukan sahaja Datuk Seri Anwar, kalau orang lain pun saya tidak setuju. Maruah keluarga dipermainkan. Sekarang saya begitu simpati dengan Datuk Seri Anwar dan kawan-kawannya. Macamana beliau hendak berdepan dengan masyarakat setelah ditohmah seperti itu?," soal Azizan

" Nampaknya negara kita ini telah hilang nilai-nilai tinggi apabila kita bercakap tentang perkara seperti ini. Dan memang sudah disengajakan memberikan fokus kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sedangkan kalau dalam Hudud, kita kena elak kalau ada keraguan.Kalau ada keraguan, sedikit pun sebenarnya tidak boleh. Kita pun tidak boleh laksanakan Hudud. Tapi ini belum ada apa-apa, mereka sudah katakan ia Datuk Seri Anwar Ibrahim, "katanya lagi kepada Tv Selangor.

Semalam negara sekali lagi disajikan dengan politik sempit mainan Umno-Barisan Nasional apabila beberapa bahagian klip video lucah yang didakwa Anwar tersebar di Youtube dan blog-blog proksi Umno-BN.

Tidak cukup dengan itu, ratusan ribu risalah mengandungi gambar dari video lucah berkenaan ditabur di sekitar lembah Klang.

Menurut Azizan, adalah tidak mustahil usaha menggulingkan Anwar akan terus diperhebatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada pengalaman sejak 1998 lagi.

" Bukan sekali mereka cuba lakukan perkara ini. Mereka telah cuba dari satu bab ke satu bab. Mereka cuba juga buat macam-macam. Jadi perkara ini, kita tunggu dan lihat sahaja. Dan saya rasa mereka akan berusaha lagi. Banyak lagi yang mereka akan buat,"katanya.

Jelas Azizan, Umno-Barisan Nasional selama ini yang sering mengelak daripada dipersoal tentang agenda ekonomi negara, kini masih dikongkong oleh taktik lapuk ala kampung untuk menjatuhkan seteru politik masing-masing.

" Ada pada satu-satu segi, kita rasa kita ini lebih hebat daripada New York dan England, cara kita dan kemudahan yang ada, tapi dari satu segi, kita masih berlagak seperti juara kampung, kita masih bermain dengan politik kampung," ujar beliau.

Karier politik Anwar sejak dahulu lagi tidak pernah sepi dari pelbagai fitnah yang mengaibkan.

Bukan hanya didakwa mempunyai citarasa seks songsang malah bekas mantan timbalan perdana menteri itu pernah dihujani dengan pelbagai gelaran termasuk agen Yahudi, agen CIA, agen Cina, malah dilabel sebagai pengganas.

Namun pemimpin berjiwa kental ini berkata, walau apapun yang berlaku, beliau tidak akan tunduk kepada serangan Umno-BN yang disifatkannya akan diteruskan kepada ketua pembangkang selainnya.

Tiada ulasan: