HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 April 2011

Tricubes Akui Projek E-Mel 1 Malaysia Untuk 'Selamatkan' Syarikat

TVS NEWS



KUALA LUMPUR : Tricubes Berhad mengaku khidmat e-mel 1 Malaysia yang bakal disediakannya adalah hayat kewangan bagi syarikat itu, yang sebelum ini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia.

Syarikat itu menyasarkan kira-kira 5.4 juta pelanggan meskipun tiada jaminan yang kerajaan akan menggunakan khidmat e-mel disediakan pihaknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar, juga berkata, syarikat itu akan mengumpulkan dana tambahan menerusi terbitan isu baru bagi projek RM50 juta yang dianugerahkan kerajaan 4 April lalu.

Beliau juga mengesahkan setiap penghantaran e-mel akan menelan kos tidak lebih 50 sen.

Tricubes sebelum ini berkata, ia akan membelanjakan RM5.3 juta terlebih dahulu dalam membangunkan projek e-mel 1 Malaysia tetapi akan menerokai inisiatif pemakluman skim pencen can cukai untuk terus menjaga pulangan operasi.

Perkhidmatan myemail.my dipercayai akan mengancam perkhidmatan Pos Malaysia Berhad yang digunakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

KWSP mempunyai 12.72 juta anggota sehingga 31 Disember 2010 tetapi ahli yang aktif dianggarkan 6.04 juta.-The Malaysian Insider

Tiada ulasan: